Wednesday, December 17, 2014

Kisah satu teks jawapan dalam satu temuduga....




Kisah ini saya dapatkan di status facebook salah seorang sahabat saya.mencari inspirasinya , aku tergerak untuk segera tuliskan untuk perkongsian semua.

Dikisahkan , ada satu kilang nak mencari kokosngan jawatan untuk posisi pengurus.Sambuatan mmg menggalakkan..lebih kurang dalam 2300 orang yang datang utnuk mencuba nasib.Tapi yang tak bestnya, pihak pengurusan nak sorang jer...di ulang..sorang shj okay...hiiii
 Dalam sessi temuduga tu, ada mcm2 soklan la..dan salah satu soalan wajib yg kena depa jawab adalalh..soalan berbentuk teks....soalan dia bunyi mcm ni
 
 
Anda sedang menunggang motosikal ditengah malam yang hujan, ditengah jalan Anda melihat 3 orang sedang menunggu kedatangan anda untuk di tumpang bersama :
- Seorang nenek tua yang sangat lapar.
- Seorang doktor yang pernah menyelamatkan hidup Anda sebelumnya.
- Seseorang special yang selama ini menjadi idaman hati Anda.
Soalam: Anda harus ajak sorang jer, siapakah yang akan Anda ajak ? 
Dan jelaskan mengapa Anda melakukan itu!!
-----------
Kira-kira jawapan Apa yang akan korang berikan?Jangan scroll kebawah sebelum korang bagi jawapan tau......jujur....hihii
Serius, jawablah dulu, baru kita lihat jawapan yang diterima.

dari 2300 org yang jawab, hanya 1 yg diterima, Orang tersebut tidak menjelaskan jawapannya, hanya menulis dengan singkat :
"Saya akan memberikan kunci motor saya kepada doktor  dan meminta dia untuk membawa nenek tua tersebut untuk ditolong segera. Sedangkan saya sendiri akan tetap tinggal disana dengan sang idaman hati untuk menunggu angkut."
Dan diterima mamat ini sebagai pengurus kilang tu...sebab mendapat kalisifikasi smart & brilliant
Kalau korang nak jawab apa?


Berat Segelas Air


Kadanf-kadang kalau saya dapat job bg ceramah, tak kisahla samada ceramah berbentuk teknikal atau management, saya sangat sukakan perumpaaan atau perkara yang biasa kita lakukan...kemudian relate dgn kerja/perkara seharian kita.

Masa saya mengajar tu, sy tanya la peserta ttg pengurusan stress....

“Menurut anda, kira-kira berapa berat segelas air ini?” Jawapan para peserta berbagai-bagai, mulai dari 200 gram sampai 500 gram.

“Sesungguhnya yang menjadi masalah bukanlah berat sebenarnya. Tetapi berapa lama anda memegangnya,” cewaahhhh..poyo je aku explain..hihihii.

“Jika saya memegangnya selama satu minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama satu jam, lengan kanan saya akan sakit. Jika saya memegangnya selama satu hari penuh, mungkin anda kena panggil ambulans untuk saya,” lagi..cewahhhh....

“Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat. Jika kita membawa beban terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu terasa meningkat beratnya,” dan lagi......

”Yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut. Rehat dan chill kejap sebelum mengangkatnya lagi. Kita harus meninggalkan beban kita, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan sehari-hari, tinggalkan beban pekerjaan anda. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok,” dan lagi........

“Apapun beban yang ada di bahu/tangan anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak. Setelah beristirahat, nanti dapat diambil lagi. Hidup ini sangat singkat, jadi cubalah menikmatinya dan memanfaatkannya. Hal terindah dan terbaik di dunia ini tak dapat dilihat atau disentuh, tapi dapat dirasakan jauh di dalam hati kita,” tudia...aku pon tak tau mana mai ayat2 jiwang masa bg ceramah...spontan ok!!!!..anyaway aku sgt suka berkongsi cerita2 yg mudah dan bermanfaat utk dikongsi...walaupon kadang2 diri sendiri pon over..hihiihiih

Tuesday, December 16, 2014

My life: Apa erti kawan


Ungkapan diatas sgt dekat dgnku...selama aku hidup ni..aku mmg tak banyak kawan...kira species kera sumbang jugak aku ni...hiihihi..actually..aku tak memilih kawan..aku berkawan dgn semau org..tak kira jantina, bangsa dan agama...This is my story berkaitan dgn kawan...kalau anak2 abah baca..this is your father....anak2 abah boleh tahu who am I....

a) Kawan Kampung

Di kampung ada ada 4 rakan akrab...masa kecik2 mmg rapat...main bersama..pi sana sini...umur kanr lebih kurang sebaya. Aku namakan sebagai A, B,C dan D....personally..aku paling rapat dgn A, dan utk aktiviti yg adventure, tak masuk akal dan gila2....aku akan pergi dgn B. C adalah kawan aku utk bersosial..hahhahha..tapi best dgn C ni....kawan D plak..average..hahhha

Sehingga sekarang...aku masih baik dgn kawan A dan C shj. memandangkan masing2 sudah bekerluarga..so susah nak jumpa...cuma aku nak story cerita dgn kawan B ni....dulu kalau cuti semester aku dgn B akan pergi camping...buat kerja gila2..best sgt2..persahabatan berlalu dan sgt best sehinggalah aku berkahwin..One day. si B..nak pinjam duit dgn aku..dan aku katakan aku xde duit sebanyak yg si B nak...nak bg pinjam sikit boleh la..sbb kebetulan aku sambung Master...so kos utk semerster pertama kena bayar dulu...aku pon tunjuk resit kat Si B..ni RM6+++ aku dah byr yuran pengajian...so tak dapat nak bg pinjam byk.....tapi si B berkecil hati....dan tidak bertegur sapa dgn aku sehingga sekarang...even kalau jumpa masa hari raya pon tak nak cakap...hulur tangan utk salam pon disambut dingin....

Personally, aku amat kecewa...kecewa sgt2....maybe di pihak si B..aku ni sgt kejam...seorng kawan yang tak boleh mnta tolong semasa susah.....tapi bagi aku juga, jika persahabatan kita adalah ikhlas dan penuh kasih sayang...duit dan balasan atau pertolongan bukanlah masalah......

b) Kawan Masa belajar

Kawan2 masa belajar semua happening dah sgt OK...tapi aku paling rapat dgn si 'Kerinting' shj..yang lain2 tu hanya sebagai kawan shj....Dengan.Si kerinting ni lah..aku makan,main,belajar, menyakat almost the time....walaupon skrg dan semua bekerluarga...tapi hubungan masih akrab...yang best..tiap kali aku telefon...mesti dua2 orang sibuk nak update story.....hiihihihi..kawan2 masa aku sambung Master pon best dan gila....

c) Kawan sekerja

Kawan sekerja??????....percaya tak korang... aku xde kawan yang betul2 'kawan' kat tempat kerja aku....dengor pon pelik...mmmg species kera sumbang dah aku ni.....kawan mcm2 tu adela....utk pengetahuan..aku tak pernah lunch dgn sesiapon sepanjng 14 tahun aku berkerja.....aku hanya luch di depan PC aku shj...gila nerd!!!!!!.....aku pi tapau...mkn kat meja aku..sambil buat kerja aku...


d) Kawan yang aku sendiri tak kenal!!

Haa...yg ni best....baru2 ni aku dpt call....
si X : Hello ..ni Faizal ke?
Aku : a'haa..saya..siapa ni???
Si X: Saya nama X....saya satu sekolah dgn faizal dulu..tapi kelas lain...
Aku : ?????...kelas mana ya?
Si X : masa tingkatan satu...u kelas 1st..sy kelas kedua....(siap watsup gambo kelas)
Aku:.alaa..maaflah sy mmg tak kenal..lagipon masa tingkatan satu dulu..sy kejap jer dok kat situ sebelum pindah sekolah lain.....huu
Si X:..alaa..takkan tak kenal..u org kampung Kuala///***** kan??
aku: Yer...mana dpt no henpon ni
Si X: adala kwn bg....anyway nak tanya..tender sekarang susah nak dpt..dh xde job..
Aku :....%^^% ??????????...so
Si X : so nak mnta tolong la..bla...bla..bla..bla..

Ohhhhh..dunia2.... jgnlah mcm ni..1st call dh nak mnta tolong yer....bukan si X shj...ramai lagi yg sy sndiri pon x kenal...begitu juga dgn org2 kampung aku..dulu kutuk2 aku..tak pandai la..miskin la...dan mcm2 lagi..tapi bila Allah kurnia kan sedikit pangkat (padahal xde pangkot pon..poyo je lebih...iihihihiihi)...bila kita berjaya...ramaila yg mai mengaku kawan bagai..satu sekolah la....naik bas sama masa blk sekolah la....tapi bila aku susah..semua hilang........mcm ni ka??,,,ahhahhha..tapi aku ok jer..layan sebagai manusia normal shj.....sebab hubungan dgn manusia ni kena jaga juga....

apapon..berkawanlah dgn ikhlas..jgn harapkan balasan....harapan abah kepada anak2 abah yang sangat abah cintai......nanti bila dah besar..kakak dini dan adik nawfal..berkawanlah dgn ikhlas...dan berhati2 juga dlm memilih siapa kawan kita.....luv both of u......adiossssss


Sunday, December 14, 2014

Tidak Cepat Sesaat....Tidak Lambat Sesaat


14hb Disember 2014, 12.30 tengahmalam
Tatkala aku menulis entry ini, jam di dinding dah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Entah mengapa mata ini belum lagi mengantuk. Mata meliar mencari bahan untuk dibaca, lalu terpandang beberapa buah buku yang dibeli di MPH semalam. Banyak juga aku beli, ada dalam 6 buah..semunya daripada penulis yang sama!!!

Diwaktu malam yang semakin pekat, aku jauh merenung diri ini. Macam-macam ada difikiran ku sekarang. Terlalu banyak yang difikirkan...tentang kehidupanku, cinta, keluarga, anak-anak (Nur Dini Damia dan Muhamad Nawfal), kematianku dan mcm2 lagi. Kadangkala, hati ini begitu ingin berubah ke arah lebih baik, tetapi hasuttan dan keimananku yg sangat tipis ini seringkali tertewas..huhuuhuhu....

“ Adakah kau terima..janjiku lagi..setelah ku berpaling.....”..tergiang-ngiang lagu nasyid mp3.....aduhhh....Ya Allah..kuatkanlah dan tabahlah hati dan imanku.....
Tetiba perihal kematian memenuhi ruang otak dan fikiranku.....terasa seram sejuk pulak...mungkin esok, lusa...yang pasti kematian pasti tiba...tidak cepat sesaat..tidak lambat sesaat.....apakah bekalanku utk kesana nanti????.....

Yang pasti..aku kena tanamkan dalam hati dan fikiranku ini bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara...dan ujian daripada Allah..

Inti pati ayat surah al-Hajj sangat menarik untuk dikupas...Allah s.w.t menegaskan bahawa sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Kita ambil contoh, katakan rata-rata umur manusia mati adalah sekitar umur 63 tahun. Oleh itu, 63 tahun bersamaan 1.51 jam tempoh masa di akhirat!!!!!!.....wow..fakta yg sgt bagus..korang nampak tak ..apa yang aku fikirkan....kira-kiranya, ia waktu ujian peperiksaan standard di Malaysia. So, Sabar- Solat – Syukur pada aku adalah kunci yang perlu ada pada setiap kita dalam menghadapi ujian kehidupan untuk lulus dengan cemerlang.

Setiap ujian yang melanda, kita kena sabar banyak2....dan mengadulah pada Allah. Di sini aku ingin sisipkan kisah benar kekuasaan Allah yang bagi aku benar2 terjadi.

Seorang hamba Allah, penuntut di salah satu Universiti termuka di Malaysia. Belajar di fakulti kejuruteraan. Sangat aktif di kolej dan sangat mudah terpengaruh. Biasala..orang muda....hendak dijadikan cerita...Universiti berkenaan telah menukar sistem permarkahan tanpa memberitahu pemakluman pertukran sistem ini kepada warga kampus. Syaratnya...peperiksaan gagal sebanyak dua kali serta mencapai gred B kebawah adalah gagal dan akan dikeluarkan daripada Universiti.

Malangnya subjek yang tidak digemari dan susah baginya itu, yang mana ianya adalah cubaan kedua (setelah gagal kali pertama- gred D), telah mendapat gred C. Maka secara otomatiknya, pelajar ini berstatus GAGAL KELUAR. Bila keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan, kira-kira terdapat 24 orang berstatus GAGAL KELUAR termasuk pelajar tersebut. Senat mengatakan bahawa sebarang rayuan tidak diterima awalaupon menangis air mata darah sekalipon, keputusan tidak akan ditukar!!!!!!!.

Dengan dukacita, kesemua pelajar balik ke kampung masing-masing. Ada yang malu pada keluarga, masih meneruskan kehidupan di Kota metropolitan dan penipuan ini berterusan entah bila......tetapi, bagi pelajar ini, dia masih tidak percaya....perasaan berbaur malu, sedih dan bermcm2 lagi tidak terluah perkataan. Tetapi kehidupan sosial diteruskan seperti biasa. Pendaftaran semester baru pon bermula, tetapi pelajar ini teruskan juga..mendaftar seperti biasa,,tetapi kelihatan pada skrin komputer dan slip pendaftaran subjek adalah. PELAJAR GAGAL KELUAR!!!!!!!!!!!!!!!!

Berderau darah singgah ke otak. Tapi diteruskan seperti biasa. Walaupon ada rakan yang terdekat..siapapon tidak tahu status pelajar ini. Hanya Allah yang tahu. Kehidupan dikampus diteruskan. Kuliah dihadiri seperti biasa walaupon nama tidak tersenarai dalam sistem. Setiap malam, pelajar ini bermunajat kepada Allah..hanya kuasa Allah yang mampu mengubah segala-galanya. Sembahyang hajat 12 rakaat tidak pernah ditinggalkan walaupon sehari sepanjang semester pengajian. Pelajar ini berserah sepenuhnya 100% kepada Allah.

Menjelang  seminggu peperiksaan, semua pelajar telah mendapat slip menduduki peperiksaan..tapi pelajar ini tiada slip pepriksaan dan bermakna tidak dapat memasuki peperiksaan. Pelajar ini kian memuncak gelisahnya.....menangis semahu-mahunya....siapapun tidak tahu dia menangis..hanya Allah sahaja yang tahu.

Keesokannya, pelajar itu dikejutkan oleh rakan sekelas bahawa dekan fakulti ingin bertemunya. Tanpa membuang masa, pelajar tersebut terus ke fakulti secepat yang mungkin. Langkahnya makin laju..seakan terbang ala-ala filem kungfu lagaknya.

Masuk!!!......disini saya ingin maklumkan, bahawa senat telah membuat kesilapan berkaitan gred subjek yang awak gagal semester lepas. Kesilapan teknikal sistem, dimana gred sebenar yang awak dapat adalah Gred A, tetapi sistem capture sebagai gred C, dan malangnya awak di tendang keluar. Tambahnya lagi, bila sistem dikemaskini untuk semakan terakhir sebelum berlangsung peperiksaan, sistem akan mengimbas semua keputusan lepas dan hanya awak sahaja yang belum mengambil slip peperiksaan!!!!!!!!!!!..kata dekan dengan panjang lebar. Awak akan meneruskan pembelajaran seperti biasa dan pihak Universiti memohon maaf diatas kesilapan teknikal. Dan bagi menebus kesalahan, pihak universiti memberikan yuran percuma untuk baki pengajian kamu..dan saya faham...ianya masih tidak setimpal dengan ujian hebat yang kamu hadapi..........SubhanaAllah....Alhamdullilah..AllahuAkbar

Tambahnya lagi, walaupon awak boleh menduduki peperiksaan, tetapi awak tidak menghadiri kelas dan kuliah,,jd bagaimana awak nak ambil exam!!!!

Pelajar itu dgn panjang lebar menerangkan kepada dekan, bahawa sepanjang semester , dia menghadiri kelas seperti biasa, dan mengnggap tiada apa2 yang berlaku...sepanjang menghadiri ke kelas, dia menangis untuk setiap langkah dengan amat berat sekali...tapi hanya kepada Allah keyakinan diberikan tanpa sekelumit gusar. 

Hari – hari yang dilalui amat suram...tidak pernah balik ke kampung awalaupun cuti semester kerana takut dan malu pada keluarga (walaupun keluarganya tidak tahu), sepanjang cuti semester hanya dihabiskan diruang bilik kosong dan terus berdoa dan berdoa......Akhirnya, Allah maha mendengar....segala kesulitan dihadapi dengan sabar...dan berkat kesungguhannya, ketabahan dan keyakinan inilah membentuk peribadi yang utuh serta keyakinan kepada Allah semakin tinggi. Dan pelajar tersebut adalah AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!.ya...its me!!!!!

Moralnya disini, kehidupan ini hanya ujian.....seperti peperiksaan di dalam dewan shj...setiap dugaan yang Allah berikan..hendaklah bersabar...dan yakin kepada Allah dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah...kadangkala Allah datangkan ujian kepada kita kerana Allah rindukan rintihan kita.

Aku menyaksikan sendiri kekuasaan Allah kepadaku. JANJI Allah itu benar.....
Tidak cepat sesaat...tidak lambat sesaat..........



Friday, November 28, 2014

Ketika Kita Mengeluh......






Ketika Kita Mengeluh......

Ketika kita mengeluh, eeiii..Penat sangat,,
Allah Menjawab :
..dan Kami jadikan tidurmu istirehat (Terjemahan surah an-Nazi’at 79:9)

Ketika kita mengeluh, beratnya dugaan ini, tidak sanggup rasanya aku....
Allah menjawab :
Aku tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. (Terjemahan surah al-Baqarah 2: 286)

Ketika kita mengeluh, apa yang aku buat ini semua sia-sai...
Allah menjawab :
Sesiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah sekalipun pastinya ia akan melihat balasanya. (Terjemahan surah al-Zalzalah 99:7)

Ketika kita mengeluh, tiada seorang pun mahu menolong aku.......
Allah menjawab:
Berdoalah (mintalah) kepada-Ku, nescaya Aku kabulkan untukmu.(Terjemahan surah al-Ghafir 40:60)

Ketika kita mengeluh, aku sedih sangat....
Allah menjawab:
Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah beserta kita. (terjemahan surah at-Taubah 9:40)





Thursday, November 20, 2014

Rasullah dan Buah Limau


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sebenarnya cerita ini sudah banyak tersebar di banyak blog dan tempat lain, tapi… saya hanya ingin berbagi kepada sahabat semuanya satu kisah yang membuat saya terharu saat pertama kali membacanya….
Semoga kita senantiasa mampu mengingat dan memahami cerita ini untuk menjadi peringatan kepada kita semua.....

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.
Sahabat-sahabat agak heran dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya.”

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Hikmah Di Sebalik kehilangan..........

Bila kita sering merasa banyak yang hilang dari kehidupan Anda, percayalah, tidak ada kehilangan yang benar-benar hilang. Seperti  ini...

Pada masa dulu, di sebuah kawasan pendalam di China, hidup seorang lelaki tua dan keluarganya. Lelaki tersebut ada sebuah kebun dan memiliki beberapa haiwan peliharaan, salah satu peliharaannya adalah seekor kuda jantan. Suatu ketika, kuda yang dimiliki lelaki tua tersebut hilang. Org2 kampung mengatakan sempat melihat kuda tersebut berlari melewati batas daerah yang tidak boleh dilewati oleh warga desa. lelaki tua itu menjadi sedih, tetapi dia mengatakan, "Tidak apa, barangkali kejadian ini bukan sesuatu yang buruk dan siapa tahu akan datang sesuatu yang baik."

Setelah hari berganti hari, pada malam hari, lelaki tua itu dikejutkan dengan suara kuda. Dia langsung bangkit dan melihat ke arah luar rumah, tampak kudanya yang hilang telah kembali dan membawa seekor kuda betina entah milik siapa yang menjadi pasangannya. Tentu saja, seperti peraturan di desa itu, kuda yang tidak diketahui pemiliknya atau liar akan menjadi milik mereka yang menemukan. Para tetangga memberi selamat pada lelaki tua yang telah mendapatkan kembali kudanya serta tambahan satu kuda secara cuma-cuma.


kisah-kisah inspirasi terbaik
Setelah waktu berjalan, anak laki-laki dari lelaki tua tersebut mulai berlatih untuk naik ke atas punggung kuda dan memacu kuda tersebut di sekitar area kebun. Sayangnya, pada suatu hari, anak laki-laki itu jatuh dari atas punggung kuda dan mengalami cedera kaki yang sangat parah. Perlu waktu lama untuk sembuh, tetapi sekalipun telah sembuh, anak laki-laki itu tak bleh berjalan normal. "Tidak apa-apa, nak" ujar si lelaki tua, "Mungkin hal ini akan mendatangkan sesuatu yang lebih baik untuk mu,"

Dan seperti kejadian sebelumnya, si lelaki tua merasakan kembali sesuatu yang baik tersebut. Pada masa itu adalah masa perang, semua anak laki-laki di desa wajib membawa senjata dan bertempur di medan perang. Tetapi sbb cacat, anak laki-laki sang lelaki tua tetap di desa dan bekerja di kebun. Tidak ada yang disesali, karena anak laki-laki itu juga bersikap sama seperti ayahnya, dia percaya akan ada hikmah di balik kejadian buruk yang menyebabkan dia kehilangan cara berjalan yang normal.

Tahun berganti tahun. Perang telah berakhir dan para anak laki-laki yang bertempur kembali ke desa. Ternyata hanya beberapa yang kembali, sbb kebanyakan dari mereka ternyata tewas di medan perang. Si Lelaki tua sedikit bersyukur sbb anak laki-lakinya tetap dalam keadaan sihat dan semakin pintar mengurus kebun. Sehingga, tidak ada yang perlu disesali kerana bagi keluarga tersebut, kebahagiaan tidak hanya dinilai pada saat sesuatu terjadi, tetapi juga pada masa-masa selepasnya..

Sahabat, hikmah dari cerita tersebut kita harus belajar bahwa setiap kali kita merasa kehilangan, sesungguhnya apa yang kita tangisi tidak benar-benar hilang, kerana pada saat yang tidak akan kita sangka, kita akan mendapatkan hikmah dari rasa kehilangan tersebut. Kita akan merasakan kebahagiaan lebih berlipat jika kita pernah merasakan kehilangan. Tetapi rasa bahagia itu akan datang saat kita  melepaskan dengan rela apa yang telah hilang, tidak dengan meratapi atau menangisi terus-menerus. Apapon....Perancangan Allah adalah yang terbaik..kita taidak tahu...Hanya Allah tahu apa yang terbaik utk kita....So bersabarlah wahai hati & keep positive....its cam make u happy!!...adiosss!!!!! (penat aihhh taip panjang2)...

Kisah Yang Berinspirasi : Kisah ayah & Anak

 Okay...bila dah start menulis nis..mula post 10 entry dalam sehari ..bleh????,,pastu padam ...haahha..Anyway...aku nak kongsikan satu cerita yang agak inspirasi...ttg melihat dari perspektif yang berbeza...

Satu hari, seorang ayah yang berasal dari keluarga kaya membawa anaknya dalam satu perjalanan keliling negeri dengan tujuan nak tunjuk kat pada si anak bagaimana miskinnya kehidupan orang-orang disekitarnya. Mereka lalu menghabiskan beberapa hari di sebuah rumah pertanian yang dianggap si ayah dimiliki keluarga yang amat miskin.

Setelah kembali dari perjalanan mereka, si ayah tanya anaknya :

“Bagaimana perjalanannya nak?”.

“Perjalanan yang hebat, Ayah”.

“Sudahkah kamu melihat betapa miskinnya orang-orang hidup?,” Si Ayah bertanya.

“O..... tentu saja,” jawab si anak.

“Sekarang ceritakan, apa yang kamu pelajari dari perjalanan itu,” kata si Ayah.

Si anak menjawab :

Saya melihat bahawa kita punya satu anjing, tapi mereka punya empat anjing.

Kita punya kolam renang yang panjangnya sampai pertengahan taman kita, tapi mereka punya anak sungai yang tidak ada ujungnya.

Kita mendatangkan lampu-lampu untuk taman kita, tapi mereka memiliki cahaya bintang di malam hari.

Teras tempat kita duduk-duduk membentang hingga halaman depan, sedang teras mereka adalah horizon yang luas.

Kita punya tanah sempit untuk tinggal, tapi mereka punya ladang sejauh mata memandang.

 Kita punya pembantu yang melayani kita, tapi mereka melayani satu sama lain.

Kita beli makanan kita, tapi mereka menumbuhkan makanan sendiri.

Kita punya tembok disekeliling rumah untuk melindungi kita, sedangkan mereka punya teman-teman untuk melindungi mereka.

Ayah si anak hanya speechless.

Lalu si anak menambahkan kata-katanya : “Ayah, terima kasih sudah menunjukkan betapa MISKIN-nya kita”.

Hikmah yang bisa diambil dari diatas :

  • Kaya dan Miskin tergantung pada persepsi kita sendiri, bukan pada penilaian orang lain.
  • Orang lain yang kita nampak miskin bagi kita, boleh jadi termasuk kaya menurut orang lain, atau bahkan mereka sendiri
  • Kisah diatas mendorong kita untuk selalu melihat perspektif lain...

Pindah Opis Baru.....


Assalamualaikum semua.....dah lama x update blog..bersarang jgk la...sbb lately sibuk dengan pindah opis baru dan mcm2 perkara lagi......sekarang opis kau bukan lagi di MidValley...skrg dah berpndah di Jln sultan salahuddin...alaaa..yg berdekatan dgn Bank Negara tuh....anyway..kerja kemas- mengemas dah selesai...dah mula kerja pon.....I like  opis baru ni...sbb perabot baru, karpet baru. telefon baru....kira kata semua baru laaaa....PC jer yang lama...huhuuu..

Waktu aku bertolak dari rumah pon lebih kurang sama jek..walaupon opis baru ni jauh berbanding ngan opis lama aku....But now...time for job hunting....bercadang nak TUKAR skop kerja yg lebih mencabar dan upmhhhhhh....aku dapatla beberapa interview....tapi bila dah dpt offer tu..mcm2 hal yg menghalang...cam tak bg aku kerja kt tempat lain jek....anyway..aku bersyukur bekerja dgn keadaan sekarang..cuma ..aku perlukan lebih and MORE to keep me innovative..tudia....perasan poyo!!!.....

Ok...sekian utk kali ni..Miss U Nur dini damia & Muhammad Nawfal,...

Wednesday, June 11, 2014

RULE# 1: MONEY BUYS EVERYTHIN', EXCEPT RESPECT

World femes management guru Tom Peters ada bgtau..." Farmers, senators, salesperson, engineer,CEO, you,me and the kid who mows your lawn- everybody loves being recodniszed, in any way, large or small"......

Conversely, when you discount the value of your coworkers or employees by ignoring them, taking them for granteed, or giving the impression that they are expandable and readily replaceable, they begin to act accordingly and become less valueable. Its a sel fulfilling prophecy. people start to unlpug.

WHAT IT MEANS......Appreciation, applause,approval dam mcm2 mak nenek lagi....the fact is, people do not work for money alone. We appreciate being appreciated. And although a paycheck certainly is a tangible form of rewards and recognition, the fact that it comes regularly often diminishes its motivational impacts. Berbanding dgn personal praise, paycheck are impersonal- and besides, everyone else is getting one!!. If you're criticizing more than you're complimenting, you are heading down the wrong path!!

ACTION PLAN....Smart managers know that the right words of praise or recognition at the right time can be worth their weight in gold. Actions that get rewarded, get repeated. Try to catch people in the act of doing something right & when u do, right then and there, tell them what you're thinking. make every person feel like he  or she really matter....




Sunday, February 23, 2014

ONLINE BIZ


Aku mula terjebak online biz bersama wife sincr 2009. Actually hanya suka2....Dgn IzinNYA...perniagaan online kami mendapat sambutan yang agak memberangsangkan..so we decide to get more serious....Cuma entry kali ini hanya nak menceritakan kesilapan2 yg sering dilakukan oleh pengamal online biz ni..terutamanaya adalah medium Facebook....

Kekadang pengamal biz online FB ni tidak mempunyia etika perniagaan yg baik (tidak semua ya...)...Jgn sesekali 'tag' customer anda atau nama kwn2 anda didalm iklan biz anda....boleh ianya dilakukan jika mendapat persetujuan empunya badan.....

Satu lagi..kadangkala ada rungutan drp pengamal biz online ni.."Alaa...si polan tu amik customer saya....mati la mcm ni..mcmana nak buat sales..".....Wahai pengamal online biz..pemahaman anda tentang rezeki adalah tidak betul....Ingat...Allah yg memberi Rezeki kd Kita..bukannya manusia,...

Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Yang beri rezeki itu Allah, bukan manusia. Yang beri kepandaian itu Allah, bukan manusia. Adapun manusia cuma sebagai pengantaraan sahaja.....

so sila betulkan niat anda......

Thursday, February 20, 2014

Mengenal Diri Sendiri


Salam semua...rasa lama sgt tak hupdate blog ni....Nak mencari Konsistensi tu yg sgt malas dan malas....Utk entry kali ni aku just nak sharing bahawa lately terbit dipemikiran aku ni utk mengenal diriku..selama aku idop 37thn di muka bumi ni...hanya sekarang dan tika ini terdetik didalm benak aku-. Who Am I???????

Jika di flashback semula..sgtlah byk kerugian yg aku lakukan dalam udop aku ni..nak menyesal pon tak guna..sekurang-kurangnya aku berdoa agar di beri ending yg ohsem disisi NYA.
Berdasarkan pembacaan aku.... mengenal diri sendiri merupakan kunci rahsia utk mengenal Allah...emmm.  sesuai dengan sabda nabi saw,
"Barang siapa sudah mengenal dirinya sendiri berarti dai sudah mengenal tuhannya."
juga disebutkan dalam alquran, kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa alquran itu benar (QS al-fushilat [41]: 53).

tidak ada satu benda pun yang lebih dekat dgn diriku selain diriku sendiri. dan jika aku tidak mengenal diriku sendiri, mcmana aku akan dapat mengenal keadaan orang lain?
jika aku mengatakan, "aku sudah mengenal diriku sendiri," so that mean aku dah mengetahui bahwa diriku memiliki anggota badan, panca indra dan sebagainya. pengetahuan yang seperti ini bukan merupakan kunci utk mengenal Allah, jika pengetahuan disitu saja, yakni hanya sampai pada pengertian semata. hal ini sama halnya dengan pernyataan, "kalau aku lapar aku akan makan. kalau aku marah aku aku akan berkelahi."

apakah aku akan mengikuti jejak pikiran seperti itu? jkalau camtu aku boleh kawan dgn binatang la...sbb pada hakikatnya, membetulkan diri sendiri dan mengenal diri sendiri itu menyangkut hal-hal sebagai berikut:

·                     Apa yang ada dalam diriku?
·                     sejak bila aku ada?
·                     hendak ke mana aku nanti?
·                     apa tujuanku berada di tempat yang fana ini?
·                     apakah sebenarnya hakikat kebahagiaan dan kesusahan yang menimpa diriku?


Sebagian di dalam diriku terdapat sifat baik dan buruk. suatu saat nanti, aku akan mengetahui mana sifat-sifat yang asli dan mana yang bukan. seandainya aku sudah mengetahui tentang hal tersebut, sebenarnya itu  pun belum menjadi jaminan bahwa aku sudah menemukan letak kebahagiaan yang sesungguhnya.

cer kita tgk binatang, pekerjaanya hanyalah makan, tidur, dan berkelahi. oleh karena itu jika pekerjaanku hanya itu, maka kaku tidak lebih layaknya mcm depa la jgk kannnn... 
Setan ni, kerjanya hanya menggerak-gerakkan hati manusia agar berbuat jahat, berdusta, menipu, dan sebagainya. jika perbuatanku serupa dengan perbuatan tersebut, maka dirimu tidak ada bedanya dengan setan...Oh No!!!!...

Para malaikat, pekerjaanya selalu berdzikir dan mengagungkan keindahan Allah. ia terlepas dari seluruh sifat-sifat kehbinatangan. jika aku ingin memiliki seluruh sifat seperti malaikat maka berusahalah untuk menyucikan diri dan mendekatkan diri kepada tuhan. aku dapat berdzikir dan bertafakur kepada yang Maha Tinggi, dan berharap moga aku akan terbebas dari kungkungan hawa nafsu dan amarah.

Akhirnya maybe aku akan dapat menjawab pertanyaan ini, "mengapa aku diciptakan dengan membawa kedua macam tabiat negatif ini, yakni tabiat setan dan hewan?" apakah kedua tabiat ini akan mengalahkanku dan memenjarakanku? ...Ohhh pening2.....But Till now..aku mulai sedar tujuan dan arah hidupku..darinNYA aku datang..DariNYA aku kembali...Moga feel dan semngat ini berterusan hendaknya....Dunia ni Hanya POYO!!!!...hihihii..Di sana adalah Final Countdown kita...