Wednesday, December 17, 2014

Kisah satu teks jawapan dalam satu temuduga....




Kisah ini saya dapatkan di status facebook salah seorang sahabat saya.mencari inspirasinya , aku tergerak untuk segera tuliskan untuk perkongsian semua.

Dikisahkan , ada satu kilang nak mencari kokosngan jawatan untuk posisi pengurus.Sambuatan mmg menggalakkan..lebih kurang dalam 2300 orang yang datang utnuk mencuba nasib.Tapi yang tak bestnya, pihak pengurusan nak sorang jer...di ulang..sorang shj okay...hiiii
 Dalam sessi temuduga tu, ada mcm2 soklan la..dan salah satu soalan wajib yg kena depa jawab adalalh..soalan berbentuk teks....soalan dia bunyi mcm ni
 
 
Anda sedang menunggang motosikal ditengah malam yang hujan, ditengah jalan Anda melihat 3 orang sedang menunggu kedatangan anda untuk di tumpang bersama :
- Seorang nenek tua yang sangat lapar.
- Seorang doktor yang pernah menyelamatkan hidup Anda sebelumnya.
- Seseorang special yang selama ini menjadi idaman hati Anda.
Soalam: Anda harus ajak sorang jer, siapakah yang akan Anda ajak ? 
Dan jelaskan mengapa Anda melakukan itu!!
-----------
Kira-kira jawapan Apa yang akan korang berikan?Jangan scroll kebawah sebelum korang bagi jawapan tau......jujur....hihii
Serius, jawablah dulu, baru kita lihat jawapan yang diterima.

dari 2300 org yang jawab, hanya 1 yg diterima, Orang tersebut tidak menjelaskan jawapannya, hanya menulis dengan singkat :
"Saya akan memberikan kunci motor saya kepada doktor  dan meminta dia untuk membawa nenek tua tersebut untuk ditolong segera. Sedangkan saya sendiri akan tetap tinggal disana dengan sang idaman hati untuk menunggu angkut."
Dan diterima mamat ini sebagai pengurus kilang tu...sebab mendapat kalisifikasi smart & brilliant
Kalau korang nak jawab apa?


Berat Segelas Air


Kadanf-kadang kalau saya dapat job bg ceramah, tak kisahla samada ceramah berbentuk teknikal atau management, saya sangat sukakan perumpaaan atau perkara yang biasa kita lakukan...kemudian relate dgn kerja/perkara seharian kita.

Masa saya mengajar tu, sy tanya la peserta ttg pengurusan stress....

“Menurut anda, kira-kira berapa berat segelas air ini?” Jawapan para peserta berbagai-bagai, mulai dari 200 gram sampai 500 gram.

“Sesungguhnya yang menjadi masalah bukanlah berat sebenarnya. Tetapi berapa lama anda memegangnya,” cewaahhhh..poyo je aku explain..hihihii.

“Jika saya memegangnya selama satu minit, tidak ada masalah. Jika saya memegangnya selama satu jam, lengan kanan saya akan sakit. Jika saya memegangnya selama satu hari penuh, mungkin anda kena panggil ambulans untuk saya,” lagi..cewahhhh....

“Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat. Jika kita membawa beban terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu terasa meningkat beratnya,” dan lagi......

”Yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut. Rehat dan chill kejap sebelum mengangkatnya lagi. Kita harus meninggalkan beban kita, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan sehari-hari, tinggalkan beban pekerjaan anda. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok,” dan lagi........

“Apapun beban yang ada di bahu/tangan anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak. Setelah beristirahat, nanti dapat diambil lagi. Hidup ini sangat singkat, jadi cubalah menikmatinya dan memanfaatkannya. Hal terindah dan terbaik di dunia ini tak dapat dilihat atau disentuh, tapi dapat dirasakan jauh di dalam hati kita,” tudia...aku pon tak tau mana mai ayat2 jiwang masa bg ceramah...spontan ok!!!!..anyaway aku sgt suka berkongsi cerita2 yg mudah dan bermanfaat utk dikongsi...walaupon kadang2 diri sendiri pon over..hihiihiih

Tuesday, December 16, 2014

My life: Apa erti kawan


Ungkapan diatas sgt dekat dgnku...selama aku hidup ni..aku mmg tak banyak kawan...kira species kera sumbang jugak aku ni...hiihihi..actually..aku tak memilih kawan..aku berkawan dgn semau org..tak kira jantina, bangsa dan agama...This is my story berkaitan dgn kawan...kalau anak2 abah baca..this is your father....anak2 abah boleh tahu who am I....

a) Kawan Kampung

Di kampung ada ada 4 rakan akrab...masa kecik2 mmg rapat...main bersama..pi sana sini...umur kanr lebih kurang sebaya. Aku namakan sebagai A, B,C dan D....personally..aku paling rapat dgn A, dan utk aktiviti yg adventure, tak masuk akal dan gila2....aku akan pergi dgn B. C adalah kawan aku utk bersosial..hahhahha..tapi best dgn C ni....kawan D plak..average..hahhha

Sehingga sekarang...aku masih baik dgn kawan A dan C shj. memandangkan masing2 sudah bekerluarga..so susah nak jumpa...cuma aku nak story cerita dgn kawan B ni....dulu kalau cuti semester aku dgn B akan pergi camping...buat kerja gila2..best sgt2..persahabatan berlalu dan sgt best sehinggalah aku berkahwin..One day. si B..nak pinjam duit dgn aku..dan aku katakan aku xde duit sebanyak yg si B nak...nak bg pinjam sikit boleh la..sbb kebetulan aku sambung Master...so kos utk semerster pertama kena bayar dulu...aku pon tunjuk resit kat Si B..ni RM6+++ aku dah byr yuran pengajian...so tak dapat nak bg pinjam byk.....tapi si B berkecil hati....dan tidak bertegur sapa dgn aku sehingga sekarang...even kalau jumpa masa hari raya pon tak nak cakap...hulur tangan utk salam pon disambut dingin....

Personally, aku amat kecewa...kecewa sgt2....maybe di pihak si B..aku ni sgt kejam...seorng kawan yang tak boleh mnta tolong semasa susah.....tapi bagi aku juga, jika persahabatan kita adalah ikhlas dan penuh kasih sayang...duit dan balasan atau pertolongan bukanlah masalah......

b) Kawan Masa belajar

Kawan2 masa belajar semua happening dah sgt OK...tapi aku paling rapat dgn si 'Kerinting' shj..yang lain2 tu hanya sebagai kawan shj....Dengan.Si kerinting ni lah..aku makan,main,belajar, menyakat almost the time....walaupon skrg dan semua bekerluarga...tapi hubungan masih akrab...yang best..tiap kali aku telefon...mesti dua2 orang sibuk nak update story.....hiihihihi..kawan2 masa aku sambung Master pon best dan gila....

c) Kawan sekerja

Kawan sekerja??????....percaya tak korang... aku xde kawan yang betul2 'kawan' kat tempat kerja aku....dengor pon pelik...mmmg species kera sumbang dah aku ni.....kawan mcm2 tu adela....utk pengetahuan..aku tak pernah lunch dgn sesiapon sepanjng 14 tahun aku berkerja.....aku hanya luch di depan PC aku shj...gila nerd!!!!!!.....aku pi tapau...mkn kat meja aku..sambil buat kerja aku...


d) Kawan yang aku sendiri tak kenal!!

Haa...yg ni best....baru2 ni aku dpt call....
si X : Hello ..ni Faizal ke?
Aku : a'haa..saya..siapa ni???
Si X: Saya nama X....saya satu sekolah dgn faizal dulu..tapi kelas lain...
Aku : ?????...kelas mana ya?
Si X : masa tingkatan satu...u kelas 1st..sy kelas kedua....(siap watsup gambo kelas)
Aku:.alaa..maaflah sy mmg tak kenal..lagipon masa tingkatan satu dulu..sy kejap jer dok kat situ sebelum pindah sekolah lain.....huu
Si X:..alaa..takkan tak kenal..u org kampung Kuala///***** kan??
aku: Yer...mana dpt no henpon ni
Si X: adala kwn bg....anyway nak tanya..tender sekarang susah nak dpt..dh xde job..
Aku :....%^^% ??????????...so
Si X : so nak mnta tolong la..bla...bla..bla..bla..

Ohhhhh..dunia2.... jgnlah mcm ni..1st call dh nak mnta tolong yer....bukan si X shj...ramai lagi yg sy sndiri pon x kenal...begitu juga dgn org2 kampung aku..dulu kutuk2 aku..tak pandai la..miskin la...dan mcm2 lagi..tapi bila Allah kurnia kan sedikit pangkat (padahal xde pangkot pon..poyo je lebih...iihihihiihi)...bila kita berjaya...ramaila yg mai mengaku kawan bagai..satu sekolah la....naik bas sama masa blk sekolah la....tapi bila aku susah..semua hilang........mcm ni ka??,,,ahhahhha..tapi aku ok jer..layan sebagai manusia normal shj.....sebab hubungan dgn manusia ni kena jaga juga....

apapon..berkawanlah dgn ikhlas..jgn harapkan balasan....harapan abah kepada anak2 abah yang sangat abah cintai......nanti bila dah besar..kakak dini dan adik nawfal..berkawanlah dgn ikhlas...dan berhati2 juga dlm memilih siapa kawan kita.....luv both of u......adiossssss


Sunday, December 14, 2014

Tidak Cepat Sesaat....Tidak Lambat Sesaat


14hb Disember 2014, 12.30 tengahmalam
Tatkala aku menulis entry ini, jam di dinding dah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Entah mengapa mata ini belum lagi mengantuk. Mata meliar mencari bahan untuk dibaca, lalu terpandang beberapa buah buku yang dibeli di MPH semalam. Banyak juga aku beli, ada dalam 6 buah..semunya daripada penulis yang sama!!!

Diwaktu malam yang semakin pekat, aku jauh merenung diri ini. Macam-macam ada difikiran ku sekarang. Terlalu banyak yang difikirkan...tentang kehidupanku, cinta, keluarga, anak-anak (Nur Dini Damia dan Muhamad Nawfal), kematianku dan mcm2 lagi. Kadangkala, hati ini begitu ingin berubah ke arah lebih baik, tetapi hasuttan dan keimananku yg sangat tipis ini seringkali tertewas..huhuuhuhu....

“ Adakah kau terima..janjiku lagi..setelah ku berpaling.....”..tergiang-ngiang lagu nasyid mp3.....aduhhh....Ya Allah..kuatkanlah dan tabahlah hati dan imanku.....
Tetiba perihal kematian memenuhi ruang otak dan fikiranku.....terasa seram sejuk pulak...mungkin esok, lusa...yang pasti kematian pasti tiba...tidak cepat sesaat..tidak lambat sesaat.....apakah bekalanku utk kesana nanti????.....

Yang pasti..aku kena tanamkan dalam hati dan fikiranku ini bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara...dan ujian daripada Allah..

Inti pati ayat surah al-Hajj sangat menarik untuk dikupas...Allah s.w.t menegaskan bahawa sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Kita ambil contoh, katakan rata-rata umur manusia mati adalah sekitar umur 63 tahun. Oleh itu, 63 tahun bersamaan 1.51 jam tempoh masa di akhirat!!!!!!.....wow..fakta yg sgt bagus..korang nampak tak ..apa yang aku fikirkan....kira-kiranya, ia waktu ujian peperiksaan standard di Malaysia. So, Sabar- Solat – Syukur pada aku adalah kunci yang perlu ada pada setiap kita dalam menghadapi ujian kehidupan untuk lulus dengan cemerlang.

Setiap ujian yang melanda, kita kena sabar banyak2....dan mengadulah pada Allah. Di sini aku ingin sisipkan kisah benar kekuasaan Allah yang bagi aku benar2 terjadi.

Seorang hamba Allah, penuntut di salah satu Universiti termuka di Malaysia. Belajar di fakulti kejuruteraan. Sangat aktif di kolej dan sangat mudah terpengaruh. Biasala..orang muda....hendak dijadikan cerita...Universiti berkenaan telah menukar sistem permarkahan tanpa memberitahu pemakluman pertukran sistem ini kepada warga kampus. Syaratnya...peperiksaan gagal sebanyak dua kali serta mencapai gred B kebawah adalah gagal dan akan dikeluarkan daripada Universiti.

Malangnya subjek yang tidak digemari dan susah baginya itu, yang mana ianya adalah cubaan kedua (setelah gagal kali pertama- gred D), telah mendapat gred C. Maka secara otomatiknya, pelajar ini berstatus GAGAL KELUAR. Bila keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan, kira-kira terdapat 24 orang berstatus GAGAL KELUAR termasuk pelajar tersebut. Senat mengatakan bahawa sebarang rayuan tidak diterima awalaupon menangis air mata darah sekalipon, keputusan tidak akan ditukar!!!!!!!.

Dengan dukacita, kesemua pelajar balik ke kampung masing-masing. Ada yang malu pada keluarga, masih meneruskan kehidupan di Kota metropolitan dan penipuan ini berterusan entah bila......tetapi, bagi pelajar ini, dia masih tidak percaya....perasaan berbaur malu, sedih dan bermcm2 lagi tidak terluah perkataan. Tetapi kehidupan sosial diteruskan seperti biasa. Pendaftaran semester baru pon bermula, tetapi pelajar ini teruskan juga..mendaftar seperti biasa,,tetapi kelihatan pada skrin komputer dan slip pendaftaran subjek adalah. PELAJAR GAGAL KELUAR!!!!!!!!!!!!!!!!

Berderau darah singgah ke otak. Tapi diteruskan seperti biasa. Walaupon ada rakan yang terdekat..siapapon tidak tahu status pelajar ini. Hanya Allah yang tahu. Kehidupan dikampus diteruskan. Kuliah dihadiri seperti biasa walaupon nama tidak tersenarai dalam sistem. Setiap malam, pelajar ini bermunajat kepada Allah..hanya kuasa Allah yang mampu mengubah segala-galanya. Sembahyang hajat 12 rakaat tidak pernah ditinggalkan walaupon sehari sepanjang semester pengajian. Pelajar ini berserah sepenuhnya 100% kepada Allah.

Menjelang  seminggu peperiksaan, semua pelajar telah mendapat slip menduduki peperiksaan..tapi pelajar ini tiada slip pepriksaan dan bermakna tidak dapat memasuki peperiksaan. Pelajar ini kian memuncak gelisahnya.....menangis semahu-mahunya....siapapun tidak tahu dia menangis..hanya Allah sahaja yang tahu.

Keesokannya, pelajar itu dikejutkan oleh rakan sekelas bahawa dekan fakulti ingin bertemunya. Tanpa membuang masa, pelajar tersebut terus ke fakulti secepat yang mungkin. Langkahnya makin laju..seakan terbang ala-ala filem kungfu lagaknya.

Masuk!!!......disini saya ingin maklumkan, bahawa senat telah membuat kesilapan berkaitan gred subjek yang awak gagal semester lepas. Kesilapan teknikal sistem, dimana gred sebenar yang awak dapat adalah Gred A, tetapi sistem capture sebagai gred C, dan malangnya awak di tendang keluar. Tambahnya lagi, bila sistem dikemaskini untuk semakan terakhir sebelum berlangsung peperiksaan, sistem akan mengimbas semua keputusan lepas dan hanya awak sahaja yang belum mengambil slip peperiksaan!!!!!!!!!!!..kata dekan dengan panjang lebar. Awak akan meneruskan pembelajaran seperti biasa dan pihak Universiti memohon maaf diatas kesilapan teknikal. Dan bagi menebus kesalahan, pihak universiti memberikan yuran percuma untuk baki pengajian kamu..dan saya faham...ianya masih tidak setimpal dengan ujian hebat yang kamu hadapi..........SubhanaAllah....Alhamdullilah..AllahuAkbar

Tambahnya lagi, walaupon awak boleh menduduki peperiksaan, tetapi awak tidak menghadiri kelas dan kuliah,,jd bagaimana awak nak ambil exam!!!!

Pelajar itu dgn panjang lebar menerangkan kepada dekan, bahawa sepanjang semester , dia menghadiri kelas seperti biasa, dan mengnggap tiada apa2 yang berlaku...sepanjang menghadiri ke kelas, dia menangis untuk setiap langkah dengan amat berat sekali...tapi hanya kepada Allah keyakinan diberikan tanpa sekelumit gusar. 

Hari – hari yang dilalui amat suram...tidak pernah balik ke kampung awalaupun cuti semester kerana takut dan malu pada keluarga (walaupun keluarganya tidak tahu), sepanjang cuti semester hanya dihabiskan diruang bilik kosong dan terus berdoa dan berdoa......Akhirnya, Allah maha mendengar....segala kesulitan dihadapi dengan sabar...dan berkat kesungguhannya, ketabahan dan keyakinan inilah membentuk peribadi yang utuh serta keyakinan kepada Allah semakin tinggi. Dan pelajar tersebut adalah AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!.ya...its me!!!!!

Moralnya disini, kehidupan ini hanya ujian.....seperti peperiksaan di dalam dewan shj...setiap dugaan yang Allah berikan..hendaklah bersabar...dan yakin kepada Allah dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah...kadangkala Allah datangkan ujian kepada kita kerana Allah rindukan rintihan kita.

Aku menyaksikan sendiri kekuasaan Allah kepadaku. JANJI Allah itu benar.....
Tidak cepat sesaat...tidak lambat sesaat..........