Thursday, March 26, 2009

Pingu di Malaysia


...Pingu yang dijumpai di Sg petani..hahahhaha....



Pernah tgk kartun pingu tak?..ala kartu penguin yang cakap entah aper2 tu...aku suka giler kartun nie..ader jumpe gambar lawak giler yg menyerupai kartun pingu...so korang layan..........

Hadiah terbaik 'sahabat'....



Idea nak tulis dlm entry dtg secara tiba2 semalam..sambil dok belek buku2...terpikir jugak aku..sepanjang aku hidup di bumi Allah ini..bergabai ragam dan rentak org yang aku temui..dan seterusnya berkenalan..dan ku panggil sahabat..actually aku sebenarnya tak byk sgt 'sahabat'..tapi kawan aku ramai lar..Bagi aku teman,kawan dan sahabat terdapat makna yang tersendiri.Istilah teman kawan dan sahabat ini berbeza penggunaannya.Mungkin yang membezakan antara tiga istilah itu adalah kekuatan dalam perhubungan.Bagi saya teman adalah orang yang boleh menjadi tempat untuk kita berkongsi suka duka dan masalah.

Apakah kenyataan aku ini seolah-olah menyatakan bahawa sahabat tidak seperti itu?Sahabat pula bagi aku adalah seseorang yang boleh memahami diri kita disetiap situasi.Dia berperanan lebih istimewa berbanding teman.Kawan pula adalah seseorang yang sama peranannya seperti teman,cuma mungkin keterikatan kawan itu longgar sedikit berbanding teman.Mungkin contoh yang boleh dibawa ialah istilah "kawan makan kawan".Kita tidak menggunakan istilah teman makan teman.Jadi,ia menjadi bukti bahawa keakraban teman itu adalah jauh lebih kuat berbanding kawan.
di sini aku luahkan beberapa perspektif sabahat bagiku...

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

Sahabat, rakan, kawan. Semuanya membawa pengertian berbeza tetapi di penhujung hari, sahabat yang baik boleh menjadikan hidup kita lebih bererti dan bermakna. Nilai persahabatan memang terlalu tinggi untuk diungkapkan, tetapi bagaimana caranya untuk mengenal sahabat anda? Dan, bagaimana caranya untuk tahu jika sahabat baik anda sekarang benar-benar layak dipanggil 'sahabat'?

10 perkara dibawah pastinya dapat memberi gambaran jelas erti persahabatan anda yang terjalin sejak sekian lamanya.

1 Sahabat yang sejati tidak ramai. Ertinya, jika anda mahu mengenal siapa sahabat anda yang sebenar, selalunya dia adalah di antara mereka yang istimewa dalam hidup anda. Dia bukan sekadar kenalan anda yang ramai, tetapi tidak pula membawa kesan berkekalan.

2 Sahabat yang jujur. Kejujuran di sini bermakna anda dan sahabat anda boleh sama-sama memberi pendapat dan komen baik yang positif mahupun negatif demi kebaikan, bukan sekadar menyedapkan hati dan telinga. Walaupun kedangkala pedih, ia dilakukan demi kebaikan bersama.

3 Sahabat yang baik hatinya ikhlas. Jarang sekali manusia melakukan kebaikan kecuali mereka mahukan sesuatu sebagai balasan. Jadi, anda perlu ambil tahu sama ada sahabat anda itu ikhlas hatinya atau pun tidak. Jika dia ikhlas, maka dia adalah sahabat yang sejati.

4 Sahabat yang baik tidak cepat menilai. Dalam hidup, semua orang menilai kita dan membuat tanggapan yang (selalunya)
salah. Tetapi, sahabat yang baik tidak menilai anda, malah dia menerima diri anda seadanya seperti juga anda menerima dirinya.

5 Sahabat yang mengerti, sentiasa mendengar. Asalkan kena pada caranya dan anda tidak pula terlalu meminta perhatian, sahabat anda sentiasa mahu mendengar segala keluhan rasa hati anda. Oh ya, jangan lupa anda juga perlu mendengar suara hati sahabat anda itu!

6 Sahabat yang sejati, akan setia bersama. Seseorang yang bergelar sahabat akan cuba menemani bukan hanya ketika waktu ketawa, tetapi lebih utama, waktu kita sedang menangis dan kesepian. Bagaimana pula dengan sahabat baik anda?

7 Sahabat yang sebenar juga boleh menyimpan rahsia anda. Adakah sahabat baik anda seorang yang boleh dipercayai? Jika tidak, maka kemungkinan besar gelaran itu terlalu tinggi untuk diberikan kepadanya.

8 Sahabat yang baik, tidak menikam anda dari belakang. Ramai yang sering mengaku sahabat tetapi tidak setia dalam persahabatan. Jika anda ditikam dari belakang oleh sahabat yang dipercayai, masihkah anda memanggil insan itu sahabat?

9 Kata teman baik saya, sahabat sejati boleh dibawa pulang ke rumah, bukan sekadar bersembang di tepi jalan atau di kedai kopi ice-blended . Jika anda masih merasakan sahabat itu tidak boleh dibawa pulang, besar kemungkinan dia bukanlah sahabat sebenar.

10 Sahabat yang layak digelar sahabat, membawa ke jalan kebaikan. Tidaklah dipanggil sahabat jika dia membawa anda ke arah kerosakan. Jika anda dan dia bersama-sama menjadi manusia yang lebih baik, nah itulah yang dipanggil persahabatan!

that means 'sahabat' bagi diriku......

10 cara mengatasi tekanan hidup


***gambar hiasan***


Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yangsesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan- rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Friday, March 20, 2009

Jejak KAsih

Entry nie sajo jer nak carik kawan2 lama yang belajar masa asasi dulu..idea nie dtg rentetan ber'sms' dgn si fakar yang dah lama menyepi semalam..tup2 si fakar sms..aku pon dah takder no HP baru dia...kalau dia tak sms mmg aku tak tahu kewujudan si faka nie..agak2 dah lama benar tak jumpa..at least si fakar still kept my old no..thanks Bro..(Bro..kah!??..*larik**)

Kenangan masuk asasi Sains UM dulu mmg best...begitu gigih jalan kaki berkilometer g klass..jauh nak mampos...tetapi si faka dgn angkuhnyer beli basikal baru...g klass bleh la naik basikal..balik klass mati laa nak kayuh naik bukit..alih2 si faka nie jalan kaki jgk...

Kawan lama yg dah lama tak dengar citer masa kami di Kolej ke -8, Kolej Kinabalu seperti Rahim (lembut tapi kukuh beb!!), Si Borhan (melaka Boy), roomate borhan aku dah luper nama..saper ekk??, Fatah, lamok (aku dah lupa nama sebenar dia),helmi (konpius aku mamat nie..identity crisis..),bebudak boria..dundee,khairol dan lain-lain yang aku mmg tak ingat langsung nama diaorang..

kalau dapt jumpe balik kan best??..Zaman Asasi nie la zaman peralihan daripada baik ke nakal, nakal ke baik..seingat aku bilik aku dulu nun jauh tingkat bawah..E107B kalau tak sila aku..roomate aku masa tu si borhan lar...tapi mmg best kalau di kenang balik masa di KK8....

Kedudukan kolej 8 nie agak jauh..so org yg datang melawat pon jarang2..kecuali si faka..sering dilawati abg ipar kesayangannya...**lari...

apaon ..kalau ader yg terbaca pasl nie..info2..mana tau dapta carik kwn lama...

Thursday, March 19, 2009

Kursus Induksi' 07 - Jerejak Island resort & Spa

Nie nak kongsi pengalaman kursus induksi di Pulau Jerejak pada 2007 dah lama dah....masa dapat surat aku punya konpius..biar betul buat kursus kat Pulau Jerejak..bukan sehari dua..tapi 20 hari beb!!!..punya la lama...nie la aku rasa momen paling lama aku tinggalkan wife aku...tapi dah terpaksa pergi juga...tapi tempat nie mmg scary nak mampos...sepanjang 20 hari aku kat sana mcm2 peristiwa pelik jadik..kena kacau dgn hantu tu dh biasa lar...even asrama yang kami menginap adalah bekas kubor tentera rusia katanya..nasib baik diaorang bagitau last day kursus..kalau bagitau awal..sah2..semua lari ..hahha

Katanya kami kumpulan percubaan buat kursus kat sini..hampeh tul..siap bleh buat percubaan lagi..tapi sepanjang 20 hari kat sana mmg boring..actually resort nie baru nak berkembang..byk lagi kena buat perubahan..sah2 org masih takut nak pergi...kesimpulannya, scary sangat2...mcm2 kes jadik..histeria, org ilang dll lg..may be it takes fews years nak yakinkan org ramai bhw tempat nie actually cantik dan menarik..tetapi sejarah silam pulau jerejak sukar dihapuskan drp pemikiran org ramai...apapon pengalaman yang sangat adventure dan menarik.....



.....dok tunggu bot nak ke Jerejak island..

..site visit di Plos Marin, Penang

..lagi aksi site visit

Bergambar beramai-ramai semasa kursus induksi di Jerejak resort

Wednesday, March 18, 2009

Dini Hepi, Sedih & Serius

Sajer dok carik gambar lain terjumpa gambar nie..nie adalah beberapa gambar yang mencerikatakan detik2 dini sedih,hepi dan serius...

 

Dini posing dgn hepi'nya'sebelum ader persembahan kat stage nie..
 

apalagi..sessi bergambar...

Dini bergambar dgn my sister
 

..amacam serius tak Dini study...baguih2...
 


gambar sedih Dini sakit mulut..ada ulser..kesian sgt..tak cakap seminggu..tapi alhamduliilah..akhirnya sihat jgk..

Kenangan Aku & Muzik



hari nie teringin plak nak citer pasal aku & muzik...sebenarnya aku suka dengar semua genre muzik..janji lagu tu sedap di dengar...apapon masa kecik2 dulu aku dibesarkan dengan genre muzik rock 80-an..mmg tangkap leleh!!!..zaman wing (album sejati,bazooka penaka semua aku beli), search, dan sesetangah tu lagu rock jiwang giler mcm Uk's,Allycats,damasutra,zabarjad,spring dan mcm lagi lar..aku pon tak ingat dah..zaman berlalu sematang usia aku..aku mula beralih kpd genre muzik alternatif semasa zaman di U dulu..Nirvana,Foo fighter (kump serpihan nirnava selepas kematian vokalist Curt Cobain),Green Day,dam mcm lagi...kira layan lar...dah masuk zaman keja nie aku tak cenderung sgt mendengar muzik..sbb takder masa sgt..tapi genre muzik yang aku dengar masih lagi bersifat universal..semua lagu layan!!!!...

Tuesday, March 17, 2009

Play Time!!!!!!!!



 


 



Sekarang aktiviti wajib hujung minggu aku sekeluarga adalah bawak anak2 aku maian..bukan aper 5 hari bekerja asyik dok terperap dlm umah sajer..pastu main pon takder kwn..so inisiatifnya..bawak anak2 aku main di umah kakak aku...so seronok la si Dini& Nawfal main dgn sepupu diaoarang...sampai tak nak balik...at least berkembang sket otak anak2 aku bila dia bermain dgn kawan2...so korang main le puas-puas yer...

Indahnya Ciptaan Allah

 

 

 
Posted by Picasa


Gambar nie aku snap masa balik bercuti di Kelantan...mcm aku ckp entry lepas..sbb dah burnout dgn kerja aku amik cuti seminggu dan lepak di rumah mak mentua aku..sebab the best place aku nak tenangkan fikiran adalah di sini..sebab suasana kampungnya masih fresh,kedinginan yang samapi sum sum tulang....mmg enjoy bercuti kali nie...mmg cool..anak2 aku pon seronok sbb diaorbg dapat main sepuas-puasnya....

Dan pengalaman aku jgk semasa di sini ..aku menyaambut Maulud Rasul di madrasah kat sini..ni la first time aku berpeluang sambut dlm suasana kampung..berselawat..berzanji bersama-sama bebudak pondok kat sini..bacaan budak2 mmg sedap..teringin aku nak belajar...ada jgk jamuan mkn tapi aku cabut awal sbb anak aku meragam...hheheehehh

Gambar di atas aku snap selepas subuh..dok tengah pack barang nak balik penang...gambar pelangi plak aku sempat snap masa balik umah mak aku....entah lar..lately aku inta plak nak amik gambar permaandangan..gambar yang bleh menv=ceritakan pelabagai cerita disebaliknya......

First Impression



** cuba tgk betul2...apa yang anda lihat......



Tu dia entry kali nia agak klise...bukan aper saja nak kongsi pasal first Impression atau pandangan pertama ni...ada org kata pandangan pertama tu memberitahu kita atau hint tentang sesuatu perkara..sama ada perkara tu baik atau buruk..ader yg percaya dan ader yang tidak....lebih kurang Don't juge book by its cover lar...jgn nilai berdasarkan luaran...pada pandangan aku..aku percaya jgk first impression nie..tapi aku tak apllly sepenuhnya dlm kehidupan aku..but for basic purposes aku guna ini...nak nilai lebih lagi aku kenal dulu...mcm jgk gambar di atas tu..kalau fusrt time u tgk apa yg u nampak?...tapi setengah org tu nampak benda lain..ini jgk menunjukkan cara kita berfikir....walaupon benda nie nmpak simple tapi ianya memberi gambaran sebenar cara kita berfikir dan bertindak..actually dlm kehidupan nie byk yg kita terlepas pandang benda2 yg simple & kecik mcm nie..walhal kekadang tu inaya memberi impak yang agak besar dlm kehidupan kita...

Thursday, March 12, 2009

Nostalgia UM





Hahhhaaaa...cuma korang teka mana satu aku?..amcam jumpe tak????..Gambar ni tak silap aku masa kat UM dulu masa Festival Seni Tahun 1999 kalau tak silap aku..masa tu aku mewakili kolej kesembilan masuk boria..hehheheh....rindu la kat kolej 9 nie..byk nostalgia kat sana..malam tu kami pulun abis..tapi nasib tak menyebelahi kami..takder placing langsung...disqualified kata judge..mungkin step tari yg kami reka advanced sgt kot,,..kebetulan judge mlm ala2 sendu dan mmg judge yg pure boria...kena ada bunga manggar segala bagai baru judge pilih...

Actually kalah tak jadik soal..masa tu team kami enjoy sgt!!!...Mr Ri sedih sbb aku kalah mlm tu..kesian kat dia....amik berat jugak dia kat aku..tapi show mr Ri (kalau tak silap zapin sarawak) pada mlm festival seni utk tarian asli mmg vast...very maskulin gitu mR Ri .....hahhahahha

Tgk balik gambar nie mmg malu gila babaz...tapi tu masa muda2...lanie dah tua..semua tu jadik nostalgia yg mungkin tak dapat dilupakan....masa nie takder awek lagi,,,so gila2 skit...actually masa belajar kat UM dulupon aku tak suka couple....Final Year baru aku couple..itupon final sem...sekarang dah jadik isteri aku....hehhehehhe


p/s: Mr Ri..ader simpan lagi ker MP3 lagu Nora (lagu aper erkk..lupa arr...persimpangan Delima kan??)...masa nyanyi di dewan Sri Tanjung dulu....hahhahhaha * lari**

Up Side Down




Apokalips

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat

Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka

Hidup dan nasib roler koster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka




Kekadang tu kita kena beringat jgk dlm kehidupan ini...bukan aper..semalam aku xleh lelap mata..selepas tidurkan Nur Dini kul 1:00 pagi (punya la lewat si dini tido mlm..)..aku plak xleh tido...selesai solat isyak pon xleh tido jgk..pastu layan la radio jap...alih2 dengar lagu nyanyian M. nasir nie..mendalam jgk maksud lagu nie..tak silap aku penulis lirik adalah allahyarham Loloq (correct me if i wrong)...Lihatlah lirik lagu Apokalip yang melihat kehidupan manusia secara perbandingan dengan roller coaster yang ada waktu di atas dan pada waktu lain berada di bawah. dan kalau di relatekan dgn lirik lagu Demi Masa kira lebih kurang sama iaitu memberi peringatan kpd kita semua bahawa kehidupan ada pasang surutnya dan sentiasa gunakan sebaik mungkin peluang di muka bumi ini dgn penuh hikmah....




Demi masa...

Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...


arghhhh...sebelum tido ku kucup dahi satu persatu anak2 aku....ku tenung wajah yang bersih dan belum ternoda...kupanjatkan doa kpd Allah moga Allah mengasihi anak aku sebagaimana aku mengasihani mereka...terakhirnya ku kucup dahi isteriku....Tabahkanlah hatimu wahai isteriku...moga jodoh kami berpanjangan ke akhir hayat......

Tuesday, March 10, 2009

Attention Plz.....

Waa...lama betul aku tak update blog..bukan aper sajer aku amik cuti panjang sbb dh 'burnout' dgn keja2 kat opis..so at least selepas cuti masuk keja dgn penuh semangat baru....apapon aku update nie sbb nak terangkan kepada salah satu komen dlm blog nie (actually aku kenal saper...biarpon bahasa penulisannya agak lain benar)....untuk pengetahun semua, blog ini dibuka utk aku kongsi sama2 perjalanan hidup aku nie..it's not a family blog akoy!!!..it my personal blog...

so apa yang berlaku sepanjang setiap detik,waktu, masa ianya akan diluahkan disini.blog ini kira mcm diary laarrr...ader ke kita tulis dairy cerita segala benda termasuk abang kita buat aper hari nie, kakak..aper citer hari nie...mak bapak buat aper hari nie...jawapannya tak kan??? kita akan tulis luahan hati kita..hepi,sedih sayu,sakit hati dan mcm2 pelbagai perasaan yang wujud...serta peristiwa dan keletah anak2.

bagi aku komen tu tak bagi kudis utk aku..sbb 'dia' tak paham apa itu personal blog...mmg syurga di bawah tapak kaki ibu..tak semestinya kita tak cerita dlm blog pasal ibu bapak kita..dah di kira tak cium syurga..hehhe lawak betul lar..tu llaa kadang2 orng terpelajar pon boleh buat statement bodoh+bangang mcm nie kan??!!..tak perlu kita tunjukkan dan bagitau semua org yang kita sayang mak bapak kita...tak perlu!!!!....nampak sgt tak ikhlas kalau nak tunjuk kat orng....buat benda biar ikhlas...

Komen ini pon menunjukkan org ini dengki dgn kehidupan aku...aku pon tak paham sbb apa 'dia' terlalu pesimis terhadap aku....kadang2 kesian tgk org macam nie..spesies yg tak senang tgk orang..so fitnah dah menjadi mainan bagi org mcm nie...ingat..fitnah itu besar dosanya...dan memperokperandakan masyarakat.....mungkin org macam nie dah jadi kepuasan bagi dia kalau berjaya memperokperandakan orng......apapon kepada si pengomen tu..moga berjaya dlm kehidupan, di bersihkan hati dari membuat segala fitnah....last but not least..it's my blog..so ikut suka aku nak tulsi pasal aper..kalau 'dia' nak cerita pasal ibu+bapa+adik+abg ...buka blog sendiri pastu tulis la pasal tu semua..mana tahu kot2 masuk syurga (sbb tulis cerita mak ayah dlm blog..hehhehh)..dangkal sungguh pemikiran si 'dia' nie kan??!!..so apa komen pembaca lain?..