Sunday, December 14, 2014

Tidak Cepat Sesaat....Tidak Lambat Sesaat


14hb Disember 2014, 12.30 tengahmalam
Tatkala aku menulis entry ini, jam di dinding dah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Entah mengapa mata ini belum lagi mengantuk. Mata meliar mencari bahan untuk dibaca, lalu terpandang beberapa buah buku yang dibeli di MPH semalam. Banyak juga aku beli, ada dalam 6 buah..semunya daripada penulis yang sama!!!

Diwaktu malam yang semakin pekat, aku jauh merenung diri ini. Macam-macam ada difikiran ku sekarang. Terlalu banyak yang difikirkan...tentang kehidupanku, cinta, keluarga, anak-anak (Nur Dini Damia dan Muhamad Nawfal), kematianku dan mcm2 lagi. Kadangkala, hati ini begitu ingin berubah ke arah lebih baik, tetapi hasuttan dan keimananku yg sangat tipis ini seringkali tertewas..huhuuhuhu....

“ Adakah kau terima..janjiku lagi..setelah ku berpaling.....”..tergiang-ngiang lagu nasyid mp3.....aduhhh....Ya Allah..kuatkanlah dan tabahlah hati dan imanku.....
Tetiba perihal kematian memenuhi ruang otak dan fikiranku.....terasa seram sejuk pulak...mungkin esok, lusa...yang pasti kematian pasti tiba...tidak cepat sesaat..tidak lambat sesaat.....apakah bekalanku utk kesana nanti????.....

Yang pasti..aku kena tanamkan dalam hati dan fikiranku ini bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara...dan ujian daripada Allah..

Inti pati ayat surah al-Hajj sangat menarik untuk dikupas...Allah s.w.t menegaskan bahawa sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia. Kita ambil contoh, katakan rata-rata umur manusia mati adalah sekitar umur 63 tahun. Oleh itu, 63 tahun bersamaan 1.51 jam tempoh masa di akhirat!!!!!!.....wow..fakta yg sgt bagus..korang nampak tak ..apa yang aku fikirkan....kira-kiranya, ia waktu ujian peperiksaan standard di Malaysia. So, Sabar- Solat – Syukur pada aku adalah kunci yang perlu ada pada setiap kita dalam menghadapi ujian kehidupan untuk lulus dengan cemerlang.

Setiap ujian yang melanda, kita kena sabar banyak2....dan mengadulah pada Allah. Di sini aku ingin sisipkan kisah benar kekuasaan Allah yang bagi aku benar2 terjadi.

Seorang hamba Allah, penuntut di salah satu Universiti termuka di Malaysia. Belajar di fakulti kejuruteraan. Sangat aktif di kolej dan sangat mudah terpengaruh. Biasala..orang muda....hendak dijadikan cerita...Universiti berkenaan telah menukar sistem permarkahan tanpa memberitahu pemakluman pertukran sistem ini kepada warga kampus. Syaratnya...peperiksaan gagal sebanyak dua kali serta mencapai gred B kebawah adalah gagal dan akan dikeluarkan daripada Universiti.

Malangnya subjek yang tidak digemari dan susah baginya itu, yang mana ianya adalah cubaan kedua (setelah gagal kali pertama- gred D), telah mendapat gred C. Maka secara otomatiknya, pelajar ini berstatus GAGAL KELUAR. Bila keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan, kira-kira terdapat 24 orang berstatus GAGAL KELUAR termasuk pelajar tersebut. Senat mengatakan bahawa sebarang rayuan tidak diterima awalaupon menangis air mata darah sekalipon, keputusan tidak akan ditukar!!!!!!!.

Dengan dukacita, kesemua pelajar balik ke kampung masing-masing. Ada yang malu pada keluarga, masih meneruskan kehidupan di Kota metropolitan dan penipuan ini berterusan entah bila......tetapi, bagi pelajar ini, dia masih tidak percaya....perasaan berbaur malu, sedih dan bermcm2 lagi tidak terluah perkataan. Tetapi kehidupan sosial diteruskan seperti biasa. Pendaftaran semester baru pon bermula, tetapi pelajar ini teruskan juga..mendaftar seperti biasa,,tetapi kelihatan pada skrin komputer dan slip pendaftaran subjek adalah. PELAJAR GAGAL KELUAR!!!!!!!!!!!!!!!!

Berderau darah singgah ke otak. Tapi diteruskan seperti biasa. Walaupon ada rakan yang terdekat..siapapon tidak tahu status pelajar ini. Hanya Allah yang tahu. Kehidupan dikampus diteruskan. Kuliah dihadiri seperti biasa walaupon nama tidak tersenarai dalam sistem. Setiap malam, pelajar ini bermunajat kepada Allah..hanya kuasa Allah yang mampu mengubah segala-galanya. Sembahyang hajat 12 rakaat tidak pernah ditinggalkan walaupon sehari sepanjang semester pengajian. Pelajar ini berserah sepenuhnya 100% kepada Allah.

Menjelang  seminggu peperiksaan, semua pelajar telah mendapat slip menduduki peperiksaan..tapi pelajar ini tiada slip pepriksaan dan bermakna tidak dapat memasuki peperiksaan. Pelajar ini kian memuncak gelisahnya.....menangis semahu-mahunya....siapapun tidak tahu dia menangis..hanya Allah sahaja yang tahu.

Keesokannya, pelajar itu dikejutkan oleh rakan sekelas bahawa dekan fakulti ingin bertemunya. Tanpa membuang masa, pelajar tersebut terus ke fakulti secepat yang mungkin. Langkahnya makin laju..seakan terbang ala-ala filem kungfu lagaknya.

Masuk!!!......disini saya ingin maklumkan, bahawa senat telah membuat kesilapan berkaitan gred subjek yang awak gagal semester lepas. Kesilapan teknikal sistem, dimana gred sebenar yang awak dapat adalah Gred A, tetapi sistem capture sebagai gred C, dan malangnya awak di tendang keluar. Tambahnya lagi, bila sistem dikemaskini untuk semakan terakhir sebelum berlangsung peperiksaan, sistem akan mengimbas semua keputusan lepas dan hanya awak sahaja yang belum mengambil slip peperiksaan!!!!!!!!!!!..kata dekan dengan panjang lebar. Awak akan meneruskan pembelajaran seperti biasa dan pihak Universiti memohon maaf diatas kesilapan teknikal. Dan bagi menebus kesalahan, pihak universiti memberikan yuran percuma untuk baki pengajian kamu..dan saya faham...ianya masih tidak setimpal dengan ujian hebat yang kamu hadapi..........SubhanaAllah....Alhamdullilah..AllahuAkbar

Tambahnya lagi, walaupon awak boleh menduduki peperiksaan, tetapi awak tidak menghadiri kelas dan kuliah,,jd bagaimana awak nak ambil exam!!!!

Pelajar itu dgn panjang lebar menerangkan kepada dekan, bahawa sepanjang semester , dia menghadiri kelas seperti biasa, dan mengnggap tiada apa2 yang berlaku...sepanjang menghadiri ke kelas, dia menangis untuk setiap langkah dengan amat berat sekali...tapi hanya kepada Allah keyakinan diberikan tanpa sekelumit gusar. 

Hari – hari yang dilalui amat suram...tidak pernah balik ke kampung awalaupun cuti semester kerana takut dan malu pada keluarga (walaupun keluarganya tidak tahu), sepanjang cuti semester hanya dihabiskan diruang bilik kosong dan terus berdoa dan berdoa......Akhirnya, Allah maha mendengar....segala kesulitan dihadapi dengan sabar...dan berkat kesungguhannya, ketabahan dan keyakinan inilah membentuk peribadi yang utuh serta keyakinan kepada Allah semakin tinggi. Dan pelajar tersebut adalah AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!.ya...its me!!!!!

Moralnya disini, kehidupan ini hanya ujian.....seperti peperiksaan di dalam dewan shj...setiap dugaan yang Allah berikan..hendaklah bersabar...dan yakin kepada Allah dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah...kadangkala Allah datangkan ujian kepada kita kerana Allah rindukan rintihan kita.

Aku menyaksikan sendiri kekuasaan Allah kepadaku. JANJI Allah itu benar.....
Tidak cepat sesaat...tidak lambat sesaat..........



1 comment:

Ri said...

you've always been stronger than you give yourself credit for :p

why did you think i 'leaned' so much on you back then? because i could sense that inner strength.

moga dipermudah dan dilancarkan semua urusan baik abang sekeluarga.