Wednesday, March 21, 2012

"Papa, Baca Buku Kuat-Kuat"



Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang. Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri. Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja. �Papa? bacakan buku cerita ni. Bagus tau! cerita pari-pari, Ina nak dengar,� kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. �Buku baru ya?� saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi. �Papa sibuk, lain kali boleh tak?� saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. �Bolehlah Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?.� Rengek Serena enggan mengalah. �Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?..� �Mama basuh pinggan. Alaaa? bacalah, papa!� Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Nyata dia tidak mahu mengalah. �BUDAK INI?..!!!� Tak reti bahasa ke. Pergi sana!!!!� saya jerkah permata hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu. Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, �Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!� Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu,seminggu, dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang, Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk. Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya. �Mama dah baca, seronok papa,� kata Serena. Saya mengangguk sambil tersenyum. �Bila papa nak bacakan?� tiba-tiba Serena bertanya. �Mama dah bacakan, okeylah tu!� Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan. �Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! katanya. Saya mengangguk. Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar. Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital. Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya. �Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!� saya memanggil-manggil perlahan namanya dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat. �Papa? mama..Ina takut. Ina sayang papa, ina sayang mama, Ina tak nak mati!� bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya dan meninggal dunia.

Kini, hanya penyesalan seorang ayah kerana tidak memenuhi permintaan kecil anaknya bg membacakan buku kesukaanya. Buku yg sejak beberapa minggu lalu diminta dibacakan oleh anaknya masih terletak diatas meja kerjanya. Buku itu sudah renyuk dan penuh dgn coretan anaknya yg menunjukkan betapa sukanya pada buku itu. rupa-rupanya, setiap kali ayah pi kerja, anaknya mengambil buku itu dari meja ayahnya lalu dibuka dan dicontengnya, sebelum ayahnya pulang ia meletakkan semula di atas meja ayahna supaya satu hari nnti ayahnya kan membaca buklu itu kuat- kuat.

Nasi sudah menjadi bubur, Ayahnya mengambil buku itu dan dgn linangan air mata beliau membacanya dgn kuat. Semakin lama semakin kuat, namun tiada siapa pon yg mendengarnya. Akhirnya dlm kesedihan yg mendalam, ayahnya tidak berhenti membaca buku itu samabil berkata " anakku sayang...dimana kamu??? Dengar ya sayang..., Ayah sudah baca kuat-kuat..maafkan ayah sayang......

Tuntutan kerja dan ruitn harian yg tinggi tanpa disedari mengambil byk masa yg diperuntukkan utk keluarga. Beberapa tahun dulu, seorang ayah masih boleh pulang awal dan bermain2 dgn anaknya..Tapi skrg keadaan dah lain
tambah2 macam kat KL nie...

Pekerjaan apabila dicari takkan pernah abiss...begitu jg dgn duit...Sedangkan masa terus berlalu dgn pantas..usia anak semain bertambah.....sama2 utk renungan kita