14hb Disember 2014, 12.30 tengahmalam
Tatkala aku menulis entry ini, jam di dinding dah
menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Entah mengapa mata ini belum lagi
mengantuk. Mata meliar mencari bahan untuk dibaca, lalu terpandang beberapa
buah buku yang dibeli di MPH semalam. Banyak juga aku beli, ada dalam 6
buah..semunya daripada penulis yang sama!!!
Diwaktu malam yang semakin pekat, aku jauh merenung diri
ini. Macam-macam ada difikiran ku sekarang. Terlalu banyak yang
difikirkan...tentang kehidupanku, cinta, keluarga, anak-anak (Nur Dini Damia
dan Muhamad Nawfal), kematianku dan mcm2 lagi. Kadangkala, hati ini begitu
ingin berubah ke arah lebih baik, tetapi hasuttan dan keimananku yg sangat
tipis ini seringkali tertewas..huhuuhuhu....
“ Adakah kau terima..janjiku lagi..setelah ku
berpaling.....”..tergiang-ngiang lagu nasyid mp3.....aduhhh....Ya
Allah..kuatkanlah dan tabahlah hati dan imanku.....
Tetiba perihal kematian memenuhi ruang otak dan
fikiranku.....terasa seram sejuk pulak...mungkin esok, lusa...yang pasti
kematian pasti tiba...tidak cepat sesaat..tidak lambat sesaat.....apakah
bekalanku utk kesana nanti????.....
Yang pasti..aku kena tanamkan dalam hati dan
fikiranku ini bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara...dan ujian daripada
Allah..
Inti pati ayat surah al-Hajj sangat menarik untuk
dikupas...Allah s.w.t menegaskan bahawa sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun
di dunia. Kita ambil contoh, katakan rata-rata umur manusia mati adalah sekitar
umur 63 tahun. Oleh itu, 63 tahun bersamaan 1.51 jam tempoh masa di
akhirat!!!!!!.....wow..fakta yg sgt bagus..korang nampak tak ..apa yang aku
fikirkan....kira-kiranya, ia waktu ujian peperiksaan standard di Malaysia. So,
Sabar- Solat – Syukur pada aku adalah kunci yang perlu ada pada setiap kita
dalam menghadapi ujian kehidupan untuk lulus dengan cemerlang.
Setiap ujian yang melanda, kita kena sabar banyak2....dan
mengadulah pada Allah. Di sini aku ingin sisipkan kisah benar kekuasaan Allah
yang bagi aku benar2 terjadi.
Seorang hamba Allah, penuntut di salah satu Universiti
termuka di Malaysia. Belajar di fakulti kejuruteraan. Sangat aktif di kolej dan
sangat mudah terpengaruh. Biasala..orang muda....hendak dijadikan
cerita...Universiti berkenaan telah menukar sistem permarkahan tanpa
memberitahu pemakluman pertukran sistem ini kepada warga kampus.
Syaratnya...peperiksaan gagal sebanyak dua kali serta mencapai gred B kebawah
adalah gagal dan akan dikeluarkan daripada Universiti.
Malangnya subjek yang tidak digemari dan susah baginya
itu, yang mana ianya adalah cubaan kedua (setelah gagal kali pertama- gred D),
telah mendapat gred C. Maka secara otomatiknya, pelajar ini berstatus GAGAL
KELUAR. Bila keputusan peperiksaan rasmi dikeluarkan, kira-kira terdapat 24
orang berstatus GAGAL KELUAR termasuk pelajar tersebut. Senat mengatakan bahawa
sebarang rayuan tidak diterima awalaupon menangis air mata darah sekalipon,
keputusan tidak akan ditukar!!!!!!!.
Dengan dukacita, kesemua pelajar balik ke kampung
masing-masing. Ada yang malu pada keluarga, masih meneruskan kehidupan di Kota
metropolitan dan penipuan ini berterusan entah bila......tetapi, bagi pelajar
ini, dia masih tidak percaya....perasaan berbaur malu, sedih dan bermcm2 lagi
tidak terluah perkataan. Tetapi kehidupan sosial diteruskan seperti biasa. Pendaftaran
semester baru pon bermula, tetapi pelajar ini teruskan juga..mendaftar seperti
biasa,,tetapi kelihatan pada skrin komputer dan slip pendaftaran subjek adalah.
PELAJAR GAGAL KELUAR!!!!!!!!!!!!!!!!
Berderau darah singgah ke otak. Tapi diteruskan seperti
biasa. Walaupon ada rakan yang terdekat..siapapon tidak tahu status pelajar
ini. Hanya Allah yang tahu. Kehidupan dikampus diteruskan. Kuliah dihadiri
seperti biasa walaupon nama tidak tersenarai dalam sistem. Setiap malam,
pelajar ini bermunajat kepada Allah..hanya kuasa Allah yang mampu mengubah
segala-galanya. Sembahyang hajat 12 rakaat tidak pernah ditinggalkan walaupon
sehari sepanjang semester pengajian. Pelajar ini berserah sepenuhnya 100%
kepada Allah.
Menjelang seminggu
peperiksaan, semua pelajar telah mendapat slip menduduki peperiksaan..tapi
pelajar ini tiada slip pepriksaan dan bermakna tidak dapat memasuki
peperiksaan. Pelajar ini kian memuncak gelisahnya.....menangis semahu-mahunya....siapapun
tidak tahu dia menangis..hanya Allah sahaja yang tahu.
Keesokannya, pelajar itu dikejutkan oleh rakan sekelas
bahawa dekan fakulti ingin bertemunya. Tanpa membuang masa, pelajar tersebut
terus ke fakulti secepat yang mungkin. Langkahnya makin laju..seakan terbang
ala-ala filem kungfu lagaknya.
Masuk!!!......disini saya ingin maklumkan, bahawa senat
telah membuat kesilapan berkaitan gred subjek yang awak gagal semester lepas.
Kesilapan teknikal sistem, dimana gred sebenar yang awak dapat adalah Gred A,
tetapi sistem capture sebagai gred C,
dan malangnya awak di tendang keluar. Tambahnya lagi, bila sistem dikemaskini
untuk semakan terakhir sebelum berlangsung peperiksaan, sistem akan mengimbas
semua keputusan lepas dan hanya awak sahaja yang belum mengambil slip peperiksaan!!!!!!!!!!!..kata
dekan dengan panjang lebar. Awak akan meneruskan pembelajaran seperti biasa dan
pihak Universiti memohon maaf diatas kesilapan teknikal. Dan bagi menebus
kesalahan, pihak universiti memberikan yuran percuma untuk baki pengajian
kamu..dan saya faham...ianya masih tidak setimpal dengan ujian hebat yang kamu
hadapi..........SubhanaAllah....Alhamdullilah..AllahuAkbar
Tambahnya lagi, walaupon awak boleh menduduki
peperiksaan, tetapi awak tidak menghadiri kelas dan kuliah,,jd bagaimana awak
nak ambil exam!!!!
Pelajar itu dgn panjang lebar menerangkan kepada dekan,
bahawa sepanjang semester , dia menghadiri kelas seperti biasa, dan mengnggap
tiada apa2 yang berlaku...sepanjang menghadiri ke kelas, dia menangis untuk
setiap langkah dengan amat berat sekali...tapi hanya kepada Allah keyakinan
diberikan tanpa sekelumit gusar.
Hari – hari yang dilalui amat suram...tidak
pernah balik ke kampung awalaupun cuti semester kerana takut dan malu pada
keluarga (walaupun keluarganya tidak tahu), sepanjang cuti semester hanya
dihabiskan diruang bilik kosong dan terus berdoa dan berdoa......Akhirnya,
Allah maha mendengar....segala kesulitan dihadapi dengan sabar...dan berkat
kesungguhannya, ketabahan dan keyakinan inilah membentuk peribadi yang utuh
serta keyakinan kepada Allah semakin tinggi. Dan pelajar tersebut adalah
AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!.ya...its me!!!!!
Moralnya disini, kehidupan ini hanya ujian.....seperti
peperiksaan di dalam dewan shj...setiap dugaan yang Allah berikan..hendaklah
bersabar...dan yakin kepada Allah dan menjadikan kita semakin dekat dengan
Allah...kadangkala Allah datangkan ujian kepada kita kerana Allah rindukan
rintihan kita.
Aku menyaksikan sendiri kekuasaan Allah kepadaku. JANJI Allah
itu benar.....
Tidak cepat sesaat...tidak lambat sesaat..........