Monday, October 17, 2011

langkah pertamaku......

Hari saja aku nak test kamera baru..so setting apapon aku tak tahu..baru nak baca manual...so mcm biasa model2 ku adalah my wife & my kids...so enjoice..






Anda di mata orang lain



utk perkongsian.....

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Sunday, October 16, 2011

10 Ciri Suami Mithali



Untuk perkongsian bersama....daripada pembacaan..

Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak,mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

4. Elakkan terlampau banyak komplain.
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Iniadalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam.
Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

8. Jangan merendahkan keinginan dia.
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.
kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Sumber: http://mindatahwil.blogspot.com/

Tuesday, October 11, 2011

Coretan Abah Untuk Anak-Anak



baru jer selesai penutupan audit NCR..ingatkan bleh tuutp semua...tapi still tak leh tuutp..hampeh betui la...tapi nak wat camne...i dun want to make it worse..just solve the problem..

Then aku singgah di Kedai Buku popular (my feveret bookstore selepas MPH & Borders)
beli buku for my anak2 kesayangan Nur Dini Damia & Muhammad Nawfal....ingat mlm nie nak ajar diaorang...kira aku nak jadik cikgu la..wa..skrg selepas bajet 2012..semua org nak jadik cikgu.....hahhahaha....harap2 apa yg aku target & harapkan malam nie akan terlaksana utk ngajor anak2 aku...

citer pasal anak..bila aku pikir2 balik..bangun pagi pkl 6pg....then hantar p sekolah/taska..pukul 5 ptg pickup anak2...sampai umah lebih kurang pkl 6ptg....so ini bermakna masa dgn anak2 hanya akan bermula pd pkl 6ptg-10mlm shj (bagi waktu bekerja laa)...so that mean, hanya 4 jam masa diperuntukan utk anak2..tu tak tolak semayang magrib,nak ke tandas,tido blablabla....paling koman 3 jam sehari masa emas kita bersama anak2 kita..

cukup ker?..aku dh pikir benda nie dh lama..that why semenjak aku ada anak..kalau lepas waktu kerja seboleh-bolehnya..aku takkan keluar..kalau keluar pon pasti bawa anak2 sekali....dan sehingga waktu ini..aku tak pernah keluar malam2 tanpa anak2 aku...dan Alhamdullilah..masa waktu malam mmg aku pergunakan masa kualiti ini hanya utk anak2 aku........dan di blog nie abah nak bgtau anak2 abah..abang sayang korang giler2 punya la...

Walaupon nanti anak2 abah dah besar panjang..zaman ICT makin ke depan..mybe blog picisan ini org dh tak pakai lg..tapi abah harap 20 tahun akan datang blog ini still bleh di aksess lagi.....dah abah harap korang baca coretan abah yang tak seberapa nie...abah nak bgtau yg kasih syang abah kat anak2 abah tiada penghujung..atau dalam bahasa matematik dia Infiniti!!!!....

Buat masa skrg..anak2 abah cuma Nur Dini Damia & Muhammad Nawfal jer... Insyallah kalau ada rezeki adik2 Dini & Nawfal akan menyusul...abah target nak hanya 4 org anakjer..tapi kalau rezeki lebih..pon takpa...abah terima....

Bila anak2 abah demam atau sakit..abah carikan ubat yg paling mujarab
Bila anak2 abah lapar...abah carikan makanan yg paling sedap utk santapan kalian
Bila anak2 abah hepi..abah dua kali ganda hepi...
Bila anak2 abah senyum..hati abah berbunga-bunga..
Bila anak2 abah merajuk...abah akan pujukkan..
Bila anak2 abah nakal....abah lagi nakal sbb pukul korang (tp pukul manja2 yer)

Sekian, coretan abah untuk anak-anak abah...

Monday, October 10, 2011

Empty Feeling



emmm..Entry kali nie nak letak tepi dulu tips....hari ni melayan perasaan....aku sejak 2 menjak nie motivasi & moralnya amatlah rendah...aku tau sbb apa..kalau aku listkan semua benda alah nie...aku dapati...its back to the roots cause!!!!....tambah2 dah tahu aku akan bertukar...membuatkan diriku semakin tenggelam...

come On!!!!!..Wake Up!!!!!...apa dh jadi ngan aku nie....aku dah ilang aku yg lama...yes..its time to buat come back..huuuhhuuuhu.....argghhhhh.....do i need a break!!!!!..

Saat entry nie ditulis..aku berada di Bangunan Tunku Syed Putra, Penang....abis jer miting ngan Kastam..gua pon jalan2 disepanjang heritage building....rasa mcm pelancong la plak....hilang sikit stress...selama aku dok di penang, jarang dan amat jarang kuberikan masa kepada diriku sendiri utk menikmati jalan2 di penang....

Bukan tak mahu..tapi malas...tapi hari nie rasa best jgk....dan sepanjanga aku stay di penang..mmg tak pernah keluar gi mana2...jadual aku hanya Kerja-balik umah-kerja-umah-kerja..blablablabla.....its never ending story....kekadang tu terasa bosan jgk buat rutin yg sama..do i need BOS?...emmmm..i think about it!!

Kenderaan kat luar masih banyak...bersimpang siur.....kelihatan kelibat beberapa org manusia telah mem'Blah'kan diri balik umah..awal betui diaorng abis kerja kan????...

uwarghhhh..ngantok la plak....pekena kopi 'o' best ni...ok chow....aku nak p carik kopi 'o'..nak join????

Friday, October 7, 2011

Bagaimana Menjadi Pekerja Cemerlang




Tip Pekerja Cemerlang.
Jika anda ingin menjadi pekerja cemerlang, jadikanlah 7 tip asas ini sebagai amalan harian.


1. Muhasabah niat bekerja.
Aspek dalaman iaitu hati dan niat diperhalusi. Untuk menjadi pekerja cemerlang, niat hati kita mestilah ikhlas dan bersih.
Buat muhasabah diri, kaji untuk apa kita setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana tanpa menghiraukan kecemerlangan dalam kerjaya atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?Jika ingin cemerlang kita mestilah rajin dan bersungguh dalam pekerjaan kita dan bersemangat bukan bekerja main lepas tangan aje.


2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.
Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu kita lakukan dalam bidang kerja kita. Misalnya, jika kawan sekerja masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Kita pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga tidak sedar masa berlalu.


3. Komited.
Untuk menjadi pekerja cemerlang, kita perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikit pun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti kita akan dipergunakan.


4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Kita perlu bijak menyesuaikan. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu di mana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.


5. Belajar Tanpa Henti.
Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.
Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.


6. Hormat Semua Orang.
Hormat-menghormati merupakan satu elemen penting menjadi pekerja cemerlang. Baik mereka itu pekerja gred rendah sehinggalah pegawai atasan.
Paling penting jangan sekali-kali mencari kekurangan atau kesilapan orang lain, kerana tak semua orang boleh menerimanya. Jadilah kita insan ayng sentiasa disenangi dan sentiasa ikhlas dengan semua pihak.
Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi banyakan bekerja dan kurang bercakap.


7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.


Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk kerja lebih masa atau pujian semata. Ini resipi utama seorang pekerja cemerlang. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak juga anda akan menerima. Tumpukan pada 7 tip ini dan kecemerlangan dalam kerjaya akan datang.

My Lil' Princess



7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang




Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail

Mesyuarat OH Mesyuarat!!!







Saat entry ni ditulis, miting sedang rancak dijalankan..aku punya la boring..sempat lagi meng update entry blog yang dah bersawang..rasa lama giler tak update blog...

Miting yg terlalu banyak sangat la..kekadang tu kerja hakiki pon x sempat aku nak siapkan...kalau miting tu ada outcome yang bagus ok la..tapi tau2 sajer la..kebanyakan miting adalah sgt membosankan..outcome ke mana ..objektif kemana..

sepatutnya..kalau yang jadik chairman tu..kenalah bijak...pastikan masa yg diperuntukan dlm sesuatu miting mesti diselaraskan agar segala objektif yang bakal dicapai dpt disasarkan dgn baik...ini tidak...cerita yang bukan2..kekadang tu menyimpang dari tajuk asal...pls lahhhhh...gua dah letih sgt nie...dh berbuih mulut miting....

Blue Ocean Strategy (BOS)



Salam semua,disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang satu konsep dalam strategi perniagaan. Ia dinamakan konsep Blue Ocean Strategy atau BOS.Mungkin ada yang telah tahu atau membaca buku ini tetapi saya ingin memberikan sedikit info dan ringkasan mengenainya. Untuk berjaya dalam perniagaan perlu ada konsep atau arah tuju.Bercakap tentang konsep perniagaan, ramai yang menyentuh konsep Blue Ocean Strategy atau singkatannya BOS.Ia merupakan konsep yang pertama kali di perkenalkan oleh W.Chan Kim dan Renee Maurborgne yang tiba-tiba menjad popular di kalangan usahawan dunia dengan sebuah buku tulisan mereka.

Buku ini berusaha menjelaskan cara mencipta ruang pasaran baru tanpa pesaing dan tanpa kalangan pesaing yang tidak relevan.Buku ini juga menunjukkan jalan,bahawa sau-satunya cara untuk memenangkan pesaing adalah berhenti berusaha melawan pesaing. Kim dan Renee mendedahkan bahawa pasaran diantara dua laut iaitu Laut Merah dan Laut Biru.Laut Merah adalah pasaran yang sudah sesak,akibatnya keuntungan dan pertumbuhan akan berkurang.

Sebaliknya Laut Biru dikuasai oleh pasaran yang belum dijelajahi,menciptakan permintaan baru dan peluang pertumbuhan yang sangat menguntungkan.Dalam Laut Biru pesaing tidak lagi relevan kerana aturan mainnya sama sekali baru.Dalam buku Change!,Rhenald Kasali memperkatakan,pemimpin pasaran menentukan aturan permainan dalam pasaran yang sama sekali baru.

Prinsip
Blue Ocean Strategy ada yang menterjemahkannya sebagai Strategi Samudera Biru atau Strategi Laut Biru. Intipati bagaimana mencipta BOS,buku ini disediakan dalam enam langkah sebagai prinsip utamanya iaitu:
-How To Reconstruct Market Boundaries
-Focus On The Big Picture,Not The Number
-Reach Beyond Existing Demand
-Get The Strategic Sequence Right
-Overcome Key Organizational Hurdles
-Build Execution Into Strategy

Untuk lebih mempermudah makna definisi diatas,3 contoh kukuh kejayaan BOS apabila sebuah perusahaan anggur dari Australiam (Casella Wine) menciptakan produk angguryang terkenal dengan jenama Yellow Tail dan berjaya masuk pasaran dan mengembangkan pasaran anggur di Amerika dengan terbukti ianya berjaya. Apakah kaedah yang digunakan?Sudah tentu dengan BOS dia mampu.Menciptakan atau memperbesar ruang pasaran anggur iaitu dengan menarik mereka yang sebelumnya para peminum arak dan minuman berkabonat menjadi peminum anggur,juga dalam acara-acara tidak formal,anggur sudah boleh dianggap sebagai minuman sosial seperti juga anggur yang diminum mereka sebelum itu Berkembang.

Malah haraganya murah dan rasanya trendy,juga kerana harganya mampu dimiliki oleh semua orang,ramai orang sering minum jus anggur tanpa mengira masa dan tempat,kerana itu pasarannya semakin berkembang. Dalam tempoh dua tahun sahaja,Yellow Tail telah mampu diterima dan menjadi minuman kegemaran ramai di Amerika dan menjadi anggur import terlaris jauh melewati jumlah anggur import yang sebelumnya didominasi anggur import dari Perancis dan Sepanyol.

Pada tahun 2003,Yellow Tail menjadi anggur merah terlaris yang dijual di Amerika Syarikat dan mengungguli produk tempatan sendiri yang selama ini didominasi para pengeluar California yang sangat terkenal.Kunci kejayaan Yellow Tail terletak pada kemampuannya melakukan strategi BOS iaitu dalam melaksanakan‘Eliminate’,’Reduce’,’Raise’,dan ‘Create’ yang dijelaskan secara tersusun dan terperinci dalam buku tersebut. Kerangka utama BOS bertumpu pada 4 kerangka dasar iaitu eliminate-reduce-raise-create (ERRC). ELIMANATE bererti menghilangkan faktor-faktor pembiayaan modal yang selama ini sudah ‘taking for granted’ yang terjadi dalam industri tersebut.

REDUCE bererti mengurangi pembiayaan-pembiayaan yang sudah ada ketika ini supaya boleh berada jauh di bawah pembiayaan dalam industri,RAISE pula berhubung kait dalam meningkatkan faktor-faktor atau ‘value’ yang diberikan supaya jauh melampaui standard industri yang sudah ada dan CREATE bererti menciptakan unsur baru yang selama ini belum terfikir akan dilaksanakan dalam industri tersebut.

Ada yang berpendapat jika telah berpuas hati dengan bisnes anda yang sekadar mampu bertahan,jangan membaca buku ini. Namun,jika anda ingin melakukan perubahan,menciptakan sebuah perniagaan dengan masa depan yang menguntungkan khususnya pelanggan, pekerja, pemegang saham atau orang ramai yang sentiasa mencari konsep baru,bacalah buku BOS yang berharga RM69.90 .

Kim dan Mauborgne telah memetakan ’satu jalur yang baru dan berani untuk memenangi masa depan’.Mereka menawarkan 6 prinsip yang dapat digunakan oleh setiap perusahaan untuk merumuskan dan menerapkan strategi samudera biru dengan sukses. BOS juga dianggap sebagai konsep dalam merebut nilai pembeli dan kos rendah untuk mencipta ruang pasaran baru.BOS bukan mengenai ‘mematikan’ persaingan,ia adalah mengenai membuat pertandingan dalam perniagaan, bukan menghapuskan pesaing perniagaan.

Mempertimbangkan atau membina semula perniagaan dengan mewujudkan sempadan-sempadan dan struktur-struktur industri yang menguasai pemikiran pengurusan dalam industri setiap usahawan. Sempadan-sempadan dan struktur-struktur yang wujud tidak seharusnya menghalang usahawan daripada mengenal pasti cara-cara untuk mencipta permintaan yang baru.

Mengalihkan caa pemikiran usahawan daripada Supply kepada Demand! BOS mencabar kos industri.Mengajar usahawan bagaimana untuk menjadi peneraju dalam menurunkan kos industri dan mewujudkan permintaan yang baru dalam pasaran.Tidak dapat dinafikan ada para usahawan di luar sana tidak dilayani oleh industri untuk menjadi usahawan baru.

Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh beralih arah dalam menjelajah cara-cara untuk bertukar dan memasuki perniagaan yang boleh diterima pasaran.

Hari ini antara syarikat yang mengikuti Strategy Blue Ocean adalah:
-MetraTech Corporation
-ESG Insurance
-National Library of Australia
-Telekom Malaysia
-Siemens Hearing Systems
-UPC Cable
-Storck Confectionary
-Investec Plc
-Fred Dovaston S.L
-Imprenta Pronto S.L
-Tata Group
-Singapore Ministry of Information,Communication and Arts
-Lundbeck Asia


Especially for MAZ frenz, nie sy tmbah summary detail setiap bab yer..rajin2 baca tau//hehhehhe

bab 1 : Menjelaskan apa itu BOS? dan kesan menggunakan BOS berbanding Red ocean Strategy (ROS)

Bab 2/; memperkenalkan panduan & rangka kerja strategikal atau analitikal yg penting dlm membentuk dan melaksanakan BOS

Bab 3/; Mengenalpasti peluang atau cabang yg anda boleh mewujudkan secara sistematik pasaran yg tiada saaingan.

bab 4: Menunujukkn bagaimana utk membentuk dan melakar perancangan strategik syarikat/organisasi

bab 5 : Menunjukkan bagaimana memaksimumkan saiz blue ocean. Bab ini mengamal konvensional dlm usaha mendapatkan segmentation yg lebih baik utk mempertingktkan keupayaan mereka memenuhi kehendak pelangaan sedia ada mereka

bab 6: memaparkan lakaran rangka strategi yg membolehkan anda bukan saja mewujudkan nilai bg sesuatu barang tetapi juga utk perkembangan barang tersebut

Bab 7 & 8: Bab7 & bab 8 adalah ulangan kpd prinsip asas yg membw kpd perlaksanaan yg berkesan BOS.

bab 9 : menegahkan isu2 dlm mengekalkan dan memperbaharui BOS.

Sharing Is Caring....