Sunday, June 7, 2009

REALITI KEHIDUPAN


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata

sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk

dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,

Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang

terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,

Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan

untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,

Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang Seseorang yang sangat ingin mempunyai

anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh rumah yang kotor kerana

pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fkirkan tentang orang- orang yang tingal dijalanan.

Dan di saat kita letih mengeluh tentang pekerjaan,

Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang

berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,

Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita

masih hidup......... ..............

2 comments:

Anonymous said...

ketikanya kita tidak sedar...kehadiran org baru dlm hidup kita menyebabkan kita kehilangan orang yang paling kita sayangi...sedih dan memilukan....dunia kita terasa hambar kerana dialah tempat kita bermanja....amin...

Anonymous said...

semalam aku sedar....kau berada dalam mimpi2ku....rupa2nya aku silap itu adalah gambaran hatiku sahaja....sejak kehilanganmu...aku berdoa kepada Allah supaya matamu terbuka..melihat dengan jelas segala2nya bahawa kau tidak perlu berat sebelah...