Friday, April 3, 2009

Tips Untuk Bahagia - Belajarlah Untuk Berkata Cukup

Tips Untuk Bahagia - Belajarlah Untuk Berkata Cukup


Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang
disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya
saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2.

Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di
belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap
pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut
terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak
maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,
datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.



Selanjutnya….

Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.
Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la…)
“Saya harap ini tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi
ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu
keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari
kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini.
Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan
melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta
Micheal & memerhatikan segalanya, bekata “Some people just don’t
know what to wish for” (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga
selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal
tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata2. Tapi perkara ni sebenarnya
berlaku dalam kehidupan seharian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau
berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya ‘just nice’. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang
terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah
orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang
kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia
dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang
terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat
melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita
untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on the other
side’. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih
baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah.
Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak
bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar
peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri
mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.
Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke
hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal
stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah
RM350. Hm… Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat
RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai
trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah… tak cukup juga. Sebab masa tu
saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila
dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang,
ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali
ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut
mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang,
bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat
hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah
beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin
kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang.

Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia
seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin
dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana
akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.



Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk
besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin
dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi… Masuk telinga
kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia
dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia.
Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad
je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke
masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni. Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan…



Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,
saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya
nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita
bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat
nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah
berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang
tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang
lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya
Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu’alam…

“Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…”

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP….ALHAMDULILLAH …..”

” Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.

Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya,
bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita.

2 comments:

JALILMM said...

yo Apaiiii....aku setuju dgn posting hang ni....aku lani pun dah belajaq utk bersyukur....aku dah berenti Petronas dan masuk swasta sbb gaji lagi besaq....tp hari2 lani balik rumah kol 11 malam....gaji lebih besaq masa makin takdak....politik pun takdan sangat dah....lani aku belajaq bersyukur dan berkata cukup....terjadi pada aku,....

Unknown said...

tu la pasal...actually aku pon baru2 nie dapat kerja kat Dubai dgn UEM...gaji yg dioffer mmg best sgt2....tapi pikir2 balik..tak berbaloi..byk masa ngan anak2 akan ilang...biar lah gaji sikit..tapi idup bahagia dan berkualitidgn anak2...