Tuesday, January 27, 2015

10 Sen



TERSEBUTLAH kisah, seorang Imam yang dipanggil ke suatu tempat untuk menjadi Imam di sebuah masjid. Ia pun hendak berangkat ke tempat itu, telah menjadi kebiasaan, Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tiket dan duduk di dalam bas, dia tersedar saat konduktor bas itu terlebih memberi wang baki sebanyak 10 sen.

“Perlukah aku mengembalikan wang 10 sen ini?” Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

“Ah… pemilik bus ini sudah kaya, rasanya hanya wang sebesar 10 sen tidak akan menjadi masalah. ” hati kecilnya berkata-kata.

Sesampainya di masjid, Imam itu pun menekan butang untuk berhenti dihadapan masjid.


Namun,semasa nak turun, Imam itu merasakan kaku tubuhnya. Seketika itu juga ia berhenti berjalan dan berpaling kepada konduktor bas, sambil mengembalikan uwng 10 sen yang tadinya takkan dia kembalikan.

“Tadi, kamu memberikan wang terlebih 10sen kepada saya,” kata Imam kepada konduktor bas

“Oh, terima kasih! Kenapa dikembalikan pak imam? padahal wang 10 sen itu sangat kecil nilainya,” tutur konduktor bas

Sang Imam pun menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya harus berlaku jujur.”

konduktor bas tersebut tersenyum dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang lebih sebanyak 10 sen, saya ingin tahu kejujuran anda wahai Imam.”

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil kedinginan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,

“Astaghfirullah! Ampunkan aku ya Allah, aku hampir-hampir menjual harga sebuah iman dengan 10 sen.”

Kini, banyak sekali orang yang dengan mudahnya menukar keimanan dengan beberapa bungkus mie atau sedikit beras. Hanya untuk mengenyangkan perut, tanpa mengingat balasan yang akan didapat di dunia ataupun di akhirat.

Banyak orang yang tidak sedar, wang yang kita gunakan itu akhirnya akan menjadi nyala api di akhirat kelak.

Tapi akhirnya godaan syaitan terus memperdengarkan nyanyian neraka lalu tergoda kembali untuk mengambil wang yang bukan haknya sedikit demi sedikit

No comments: