My Kelas already started....boring!!!...tapi kena trusskan sbb sapa suruh aku amik partime..rasain!!!...
Hahahhaha....saat entry ini ditulis..kuliah rancak berjalan..pensyarah pon not bad....cuma aku jer yang bad,,,lgpon tajuk kelas pon senang..so takyah aku membuang masa memerah otak...just santai....
Entry kali ini nak citer pasal apa ekrkk????...i have no idea but i tend to writing...emmmm...
Ok tips kali nie nak kongsi pasal teknikal skit,...asyik2 pasal management saja boring jugak....buat hanya untuk electrical engineering sahaja tau...
Ok..kali nak citer pasai MCCB atau dalam bahasa melayu pelik sikit yer.: PEMUTUS LITAR KENIT /MINIATURE...so sy akan citer basic, apa function dan sebagainyer..enjoice.....
Pemutus .litar
jenis ini berukuran kecil, oleh sebab itu ia digelar Pemutus Litar Miniature
dan amat sesuai untuk menggantikan penggunaan fius dalam kotak fius agihan.
Disamping menjimatkan masa memasang, ia juga mudah diperiksa untuk mengetahui
sesuatu litar itu berkendali atau tidak. Pemutus litar ini mempunyai factor
fisu di antara 1.5 hingga 2.4. oleh sebab itu ia boleh berkendali dalam tempoh 24 jam. Pemutus litar miniature
berkadar 15A akan berkendali (terbelantik) apabila arus minimum sebanyak 1.5 X
15 = 22.5 A mengalir dalam litar ini.
Terdapat beberapa jenis kendalian
pemutus litar di antaranya ialah
seperti berikut
1. Secara
mangnetik
2. Secara
termal
3. Secara
magneto hidraulik
4. Secara
elektronik
Kesemua
cara pengendalian itu hendaklah merangkumi tiga
binaan asas iaitu suis untuk menghidupkan dan mematikannya, sesentuh untuk memutuskan atau
menyambungkan litar dan pengendalian
kawalan arus lebih.
Bagi
pemilihan jenis kendalian pemutus litar bergantung kepada keadaan dan jenis
beban yang hendak dipasang Untuk litar-litar pemasangan pengguna elektrik,
pemutus litar jenis kendalian magnetik dan termal yang biasa sering digunakan.
Pemutus Litar Kendalian
Magnetik
Ciri-cirinya
1. Dawai
gelung dililit sekeliling teras A dan
hanya memberi kesan atau menjadi elektromagnet sekiranya arus lebih melaluinya
. Arus nominal pemutus litar ini ditetapkan sama seperti arus nominal fius.
2. Spring
ketika di kedudukan “ ON “ adalah dalam keadaan ketegangan dan sekiranya
berlaku arus lebih ia akan berfungsi
dengan menarik teras sesentuh.
3. Sesentuh
berfungsi untuk menyambung litar.
4. Suis
reset berfungsi untuk menghidupkan semula “ ON “ pemutus litar.
Kendalian
(a) Semasa arus biasa -
Arus yang melalui gelung tidak melebihi daripada yang ditetapkan.Dengan ini elektromagnet yang
terhasil tidak memberi kesan kepada teras A dan litar tidak diputuskan.
(b) Semasa arus lebih -
Arus lebihan akan menyebabkan gelung menjadi elektromagnet hingga
mampu mempengaruhi teras A. Apabila teras A menjadi magnet ia akan menarik teras B sehingga
memberi ruang pada spring untuk menarik teras sesentuh. Dengan penarikkan
teras sesentuh
menyebab kan
kedua-dua sesentuh akan terbuka dan litar pun terputus.
ok....tak sempat next time smbng lg utk jenis2 mccb yg lain yer
1 comment:
wah!! sungguh teknikalnya.. Ekekeke :)
Post a Comment