Friday, June 17, 2011

Entry Entah Aper2

Balik dari miting sgt meletihkan...bekerja di saat ini sgtlah membosankan...tetiba terima pangilan daripada kenalan lama...waaa.lama betul x dgr berita...masing2 bercakap dlm keterujaan...sampai takde full stop....anyway...quite hepi dgr byk kwn2 yg dah berjaya dlm kerjaya masing2......last jumpa si fatah pd thn 1995..haahhha..skrg dah jd tauke motorist..baguih...

Aku tersngt la tertekan sekarang...kerja menuntut seribu satu komitment...tahap motovasi aku plak naik turun..padahal kerja ni menuntut konsistensi motivasi yang mantap...

Ya Allah berilah kekuatan kpd ku....dan aku sgt berharap agar dpt dipindahkan agar mencari angin segar yg baru....cabaran pasti ada disitu

Thursday, March 17, 2011

Value Engineeirng





ISTILAH YANG DIGUNAKAN UNTUK VE
• Value Analysis, Value Control, Value Improvement, Value Management, Value
Planning, Value Research, Dll.
• Istilahnya pada umumnya mengikuti bidang dimana metode itu dilaksanakan.
• Semuanya menggunakan metodologi yang sama.
• Untuk alasan praktis semuanya dianggap sama saja

Semua org bercakap mengenai VALUE ENGINEERING (VE)...so Engineer out there.. mana dh terer pasal bab ni minta perkongsian ilmu..yg mana still agak2 blur..di sini sy akan terangakn secara general..apa itu VE..apa kelebihan VE? Bila nk guba Ve dan sebagainya.....



VE (juga dikenali sebagai Value Analysis) dalam bagasa yg paling mudah adalah satu teknik pengurusan yg menekankan best functional balance di antara kos, realibility dan prestasi bg sesuatu projek/produk@ service..ATAU dgn bahasa yg lebih mudah di fahami Value Engineering (VE) adalah bagaimana agar kos contruction menjadi lebih murah tetapi spesifikasi tetap dipenuhi dan menguntungkan pihak Owner dan pihak Kontraktor.

Berbeza dengan inovasi yang hanya menguntungkan pihak kontraktor saja, maka VE lebih luas lagi manfaatnya, sehingga akan sangat menguntungkan bila dilaksanakan di seluruh projek yang ada di Malaysia Tercinta ini...hehhe

Selalunya ianya dibangunkan oleh mereka yg terdiri drp beberapa displin dan manusai yg mempunyai pengalaman yg agak hebat..Team VE nie mesti independent..taht mean diaorng tak join team r/btk ..

so Team VE nie akan memrah otak memikirkan jln terbaik bg menjimatkan kos, masa serta memtingkatkan operasi projek (so dlm bab nie..team VE akan menggunakan pelbagai tolls utk generate all the data, changes of schedules dan lain2 lg)

Just for sharing...teknik khusus yang digunakan didalam VE seperti :
Creativity Weighted Evaluation Design-To-CostLife Cycle Cost, FAST Diagramming dan Human Relations...kalau nk terangkn kat sini..7 mlm pon x abis..hehhhe..ingat Entry nie hanya bg definisi VE dan serba sedikit tnntg VE..

Last sekali What Comprises a Successful VE Study?
The following elements are required:
• Top level commitment and support from the owner
• A qualified VE team leader and experienced members
• A well managed VE programme
• An appropriate project approach based on function analysis and proven VE methodology
• Cooperation between the owner, the VE team and the designer, along with empathy for the designer’s position..so sekian

Monday, July 12, 2010

Ku kembali,,,,,,,,,,,,,,,

I'm back..punya la lama giler x update blog sendiri...tiba rasa nak update blog yg telah lama bersarang@bersawang...skrg keja mcm x best je..bukan apa sbb dpt bos yg agak kureng..kalau aku citer bab bos aku buat sakit hati sajer....

Lately kerja mmg banyak...let it be..anak2 makin membesar dgn keletah masing2..kekadang tu naik angin jgk aku dibuatnya....

aku rasa setakat ni sajer..sbb takde idea nk tulis aper..sebenarm=nya idea tu ada..tp malas nak tulis..tgk kalau aku senang2 nnti..

Friday, December 11, 2009

Belajar Ubati kekecewaan







Rasa kecewa atau kesal ada setiap orang dan perasaan ini boleh dikatakan sudah sinonim. masalah keluarga,putus cinta dan bla..bla....Kebiasaanya apabila sudah kecewa, ramai yg sukar mengikisnya...berasa kecewa ataua kesal adalah normal OK..., malah kita boleh dikatakan 'tidak normal' jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang idup!!!

Bagaimanapon, jgn biar ianya menguasai diri hingga mendorong kita bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yg bleh merosakkan diri dan kerjaya kita.

Sebagai manusia,kita perlu mengharunginya dgn matang.Cuba belajar utk mengubati kekecewaan.Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.

So, camana nak ubati kekecewaan?????,,Disini dititipkan bebrpa tips sebagai panduan,,,

1)TERIMA KENYATAAN
Kita hanya merancang, Allah yg menentukan. so sebagai manusia biasa,kita tidak boleh menetukan kehidupan kerana segalanya bergantung kpd takdir dan ketentuan ilahi. apa yg bleh kita lakukan ialah berusaha utk mengubah nasib kita.

Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi adamasanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu adalah ujian dan dugaan yg diberi kpd kita.hadapinya dgn tenang dan reda kerana selain memeiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati2 dan manjadikan kita insaf.

2) BERFIKIR
Senaraikan pro dan kontra apabila kita membuat sesuatu keputusan supaya kita tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yg tidak dijangkakan.biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan kita akan dpt mengatasinya sendiri.

3)BERFIKIRAN POSITIF
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yg kita miliki hari ini mungkin disebabkan pengalam silam kita. mmg sukar utk berfikiran positif apabila berdepan dgn sesuatu tragedi.
Jgn terlalu ikutkan perassan,sebaliknya tumpukam kpd perkara positif yg pernah kita lakukan dlm idup.ia pasti byk membantu apabila berdpn dgn rasa kecewa.

4) LUAHKANNYA
Bahaya jika kita memendam rasa kecewa kerana ia bolememakan diri.kesannya kita bleh mndpt kemurungan dan stress.Apa yg penting,kita perlu berkongsi rasa itu dgn menceritakannya kpd org yg lebih rapat dgn kita.jika kita mengadu sedikit sebanyak ia dpt perasaan kecewa itu akan reda dgn pujukan,nasihat dan semangat yg kita perolehi drp mereka.

5) BERI TUMPUAN KPD HIDUP
Teruskanlah berusaha utk mencapai apa yg kita inginkan.apabila kita mempunyai fokus, segala cabaran dan rintanagn bleh dihadapi dgn mudah. Apa yg penting jgn biarkan perkara remeh temeh menghantui kita sehingga membuatkan kira berasa kecewa....

So, selamat mencuba semuanya..yg baik itu kita kongsi2kan...Semoga berjaya.....

Aduh..letih juga yer menaip panjang2 camni...ni pon sbb dini & nawfal tido awal mlm nie..so kurang skit gangguan....hehehhhe

Thursday, November 26, 2009

Pastikan nombor peribadi anda


"Fehhhh! Menarik nombor rumah itu," kata Ramey apabila terpandang tulisan No.1, Jalan Tempinis 1/1 – pada sebuah banglo.

"Haiii! Ada juga manusia yang percaya nombor macam tu!" kata Zidan yang duduk di sebelah. Mereka sama-sama ketawa, sementara Ramey terus memandu. Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak?

"Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 – ada ‘ong’ kata mereka," Ramey memecah kesunyian.

"Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.

Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan.

"Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

"Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof.Dr. Norhisham.

Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insha-Allah dia akan berjaya.

"Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.



1 – Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan.

Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.

Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.



2 – Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.

Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.

Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan.

"Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.



3 – Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.

Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.

Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.

Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.

Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.



4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.

Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.



5 – Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.

Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.

Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.

Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.



6 – Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.

666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.

Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.

Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.



7 – Tujuh (Yg ini no. aku berdasarkan perkiraan...hehhehe)
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.

Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.

Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.



8 –Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.

Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.

Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.



9 – Sembilan
NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.

Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!



10 atau 0
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.

Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Ppencipta memilikinya.


Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah… tidak wujud penyesalan.

Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.

Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4

Kalau nombor aku =1+9+1+9+7+7=34=3+4=7

Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggarankasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri

Wednesday, November 18, 2009

TEKNIK MEMBERI UCAPAN

Resipi Utama

1. Kepada siapa anda berucap. Anda mesti mendapatkan maklumat terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang bakal anda ucapkan. Selidiki beberapa maklumat seperti berapa ramai yang akan mendengar, purata umur, jantina, latarbelakang, serta pendidikan. Juga buat anggaran apakah jangkaan mereka terhadap ucapan yang bakal anda sampaikan. Kemudian, tetapkan matlamat daripada ucapan tersebut. Di akhir ucapan, apakah yang anda ingin capai? Bagaimana untuk menjadikannya lebih bermakna?

2. Apa yang anda akan berucap... lakarkan. Ianya merupakan konsep dan kerangka utama yang hendak disampaikan. Lakaran tidak perlu ditulis berjela-jela. Cukup sekadar dalam bentuk peta minda yang berupa beberapa patah kata ringkas untuk menggambarkan apa yang ada di kepala anda. Kemudian, senaraikan isi-isi penting yang hendak disampaikan. Susun mengikut kronolfi, kesesuaian dan keserasian. Tuliskan dalam bentuk yang ringkas dan mudah dibaca terutama apabila anda sedang berucap. Seeloknya, anda menaip dan mencetaknya di atas kad-kad kecil yang senang dipegang.

3. Gunakan bahasa yang mudah. Jangan terlalu bombastic dalam mengeluarkan kata-kata. Objektif pengucapan awam adalah untuk memastikan audien memahami mesej yang ingin anda sampaikan. Oleh itu, jangan kelirukan audien anda.

4. Practice make Perfect. Amalan ini dilakukan oleh ramai tokoh-tokoh hebat dunia. Terdapat banyak ruang untuk anda berbuat demikian. Anda boleh berlatih di hadapan rakan-rakan dan bertanya pendapat mereka. Jika anda rasa malu atau segan, anda boleh lakukannya di hadapan cermin, dan melihat sendiri prestasi diri. Cara lain ialah dengan menggunakan perakam suara atau perakam perakam video.

5. Gunakan bahasa badan yang positif. Berdiri dengan tegap dan tinggi. Kembangkan bahagian dada dapatkan postur badan yang positif. Elakkan daripada berpeluk tubuh, menyeluk saku, bercekak pinggang atau apa-apa tabiat tangan yang tidak sesuai. Anda juga perlu tahu untuk menggunakan gerak tangan yang bersesuaian dengan apa yang anda perkatakan. Letakkan tangan anda di sisi bila ‘tidak digunakan’.

6. Selitkan sesuatu yang ‘istimewa’ sebagai daya penarik. Ia adalah cara untuk ‘menarik’ perhatian audien untuk mendengar ucapan anda. Ia mungkin dalam bentuk lafaz ayat-ayat suci al-Qur;an, pantun, petikan-petikan buku, kata-kata tokoh, teka-teki, cerita ringkas, humor, gimik dan sebagainya. Jika anda pandai menggunakan taktik ini, anda tidak akan ‘kehilangan’ audien anda. Atau mungkin anda akan menjadi terkenal kerana trademark anda yang menonjolkan sesuatu yang ‘istimewa’ itu.

7. Hubungan mata dan mimik muka yang sesuai. Kekalkan hubungan mata dengan para audien. Sesuaikan mimik muka dengan isi kandungan ucapan anda. Dalam pengucapan awam, suara anda adalah audio dan wajah anda adalah visual. Jika muka anda kelihatan kaku dan dingin, sudah pasti audien akan merasa bosan. Di kala itu, anda akan melihat berduyun-duyun audien yang ‘malarikan diri’ dari anda.

8. Penutup yang menjadi memori audien. Cubalah untuk meninggalkan audien anda dalam keadaan mereka akan mengenangkan anda. Sudahkan ucapan anda ketika orang lain sedang seronok mendengarnya. Anda boleh menggunakan semula teknik ‘sesuatu istimewa’ seperti pada pembukaan tadi. Jangan berkali-kali berkata, "...ah, saya rasa tidak ada apa lagi yang ingin diucapkan..." tetapi terus menyebut beberapa isi penting. Itu dinamakan penutup yang membosankan. Jika anda asyik melakukannya, pendengar akan muak dan bosan terhadap anda. Alangkah ruginya jika anda berpisah dalam keadaan yang membosankan, bukan?

Perencah tambahan
Cuba cari dan dapatkan tempat-tempat yang sunyi atau tidak ada orang yang ramai. Contohnya ketika anda sedang memandu keseorangan. Berlatihlah seumpama anda sedang berada dalam situasi sebenar. Rakamkan, dan juga dengar secara teliti dan cuba perbaiki mana-mana kelemahan yang dikenal pasti.

Pencuci mulut
"Sentiasalah mengandaikan pada penghujung anda berucap, terdapat 5000 orang bangun dan menepuk tangan kerana idea dan ucapan anda." (Thomas Hegarty)

Sunday, November 15, 2009

MENGAPA SULITNYA MENERIMA MAAF ?

Jam di dinding menunjukkan pukul 12:08 tengahmalam...suasana sunyi malam terganggu dek hujan yg turun lebat lewat kebelakangan ini...sejuknya sehingga ke tulang hitam..mataku masih segar meliar..tanpa ada sedikit riak tanda2 mengantuk..isteriku dan anak2ku telah lena diulit mimpi malam...arghhh..mengapa mataku masih segar nie..ke persalahkan Nescafe yang hanya berbaki beberapa titis saja lagi...

Malam yang pekat ini diriku diganggu pelbagai masalah yg kudepani...semua masalah dpt kutepis dan berjaya diselesaikan dgn baik..alhamdullilah...cuma masalah berkaitan hubungan persaudaraan yg agak rumit menganggu fikiranku...

Sebagai manusia aku tak luput dari salah, namun aku harus bisa belajar dari kesalahan… terkadang akupun tak sadar apa yang telah aku lakukan telah membuat suatu kesalahan, entah itu kesalahan kecil ataupun besar….

Anggaplah ini suatu cerita dikehidupan sehari-hari aku… aku tentunya senang bila aku disayangi oleh orang yang sayangi, aku pastinya bahagia bila diperhatikan oleh orang yang aku sayangi, aku pastinya sedih apabila aku disakiti oleh orang yang aku sayangi… namun inilah lika-liku hidup sebenarnya, ada kelahiran dan ada kematian, ada yang bahagia dan ada juga yang tidak…tinggal bagaimana kita menyikapi kehidupan ini…. setiap orang berbeda-beda pendapat, berbeda-beda sifat, berbeda – beda pemikirannya…,

Apa yang harus kita lakukan jika kita melakukan kesalahan … ?

Ya tentunya aku harus menyadarinya dulu, kesalahan aku apa… ? dan yang pasti aku meminta maaf… diterima atau tidak diterima maafku, sebisa mungkin aku berusaha untuk mendapatkan kata maaf, namun tidak semua orang bisa mengucapkan kata maaf, dan tidak semua orang mau mengakui kesalahannya dengan jujur, hanya orang yang berbesar hatilah yang mau mengakui kesalahan dan mau memaafkan orang.

Apakah aku pernah mengalami kesalahan dan tidak mendapatkan kata maaf, sehingga aku merasa bahwa persoalan aku ini tidak pernah berakhir karena sulitnya menemukan jalan keluarnya… apalagi kalau kata maaf itu belum aku dengar langsung dari orang aku tuju, sehingga aku harus berbesar hati untuk ini semua, bahwa suatu saat nanti kata maaf itu akan kita terima…


Walaupun aku harus menunggu kata maaf itu, 1 hari, 1minggu,1tahun,1abad sekalipun.



—-*****—-

Friday, November 13, 2009

Perkara ajaib tersembunyi di dalam minda


oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

Lima panduan untuk menjadi bos hebat, dihormati

HUBUNGAN ketua jabatan dan kakitangan penting bagi memastikan kelancaran perjalanan sesebuah organisasi. Selalunya, kakitangan yang berusaha menjaga hubungan baik.

Namun, ada juga perkara sepatutnya diambil tindakan ketua jabatan sebagai menjaga hubungan dua hala itu. Lima perkara yang selalu ketua anda atau mungkin juga anda sebagai ketua terlepas pandang untuk melaksanakannya.



Beri salam


Jika diperhatikan jarang sekali ketua di tempat kerja yang mula memberi salam. Asyik-asyik anak buah yang kena mulakan memberi salam. Selalu juga berlaku anak buah beri salam, tetapi ketua jabatan tidak menjawab. Jika anda sebagai ketua di organisasi, apalah salahnya anda menghulurkan salam kepada anak buah di pejabat. Percayalah mereka akan segan dan mula menyayangi anda.



Beri hadiah penghargaan pada hari tertentu

Satu perkara yang mudah tetapi adakah anda sebagai ketua atau ketua anda lakukannya? Penghargaan yang tidak seberapa tetapi akan menyebabkan staf di bawah memberikan kesetiaan kepada anda dalam melaksanakan tugasan diamanahkan.

Ketua anda mungkin memberikan alasan susah untuk mengingati tarikh lahir staf yang ramai. Tetapi itulah yang anda lakukan untuk menjadi ketua yang hebat.



Staf adalah keluarga di pejabat

Jangan hanya menganggap staf sebagai rakan kerja tetapi mereka sebenarnya adalah keluarga kedua di pejabat. Jadi jangan hanya layan mereka sekadar rakan kerja untuk menyiapkan tugasan diberikan. Anda juga perlu tahu masalah dan emosi mereka.


Turun padang

Banyak yang berlaku, setiap kali majlis kecil atau program dianjurkan oleh staf, ketua tidak hadir untuk meraikannya. Anda mungkin menyerahkan pembantu untuk hadir. Tetapi tanpa anda sedari anda sudah mengecewakan mereka.



Berikan hak staf anda

Bukan mudah menjadi seorang bos (ketua) yang hebat. Anda perlu tunaikan semua hak staf supaya mereka lebih mengasihi anda.

Hadirilah setiap jemputan kenduri kahwin, majlis tahlil atau ziarah keluarga staf anda jika mereka ditimpa kesusahan.

Hulurkan bantuan, jangan hitung kuantiti yang diberi tetapi ambil kira kualiti yang sudah anda lakukan.

Perkara yang anda lakukan ini mungkin tidak seberapa di sisi anda tetapi besar nilainya di sisi mereka. Percayalah bahawa anda bakal menjadi bos yang hebat jika mengambil berat lima perkara ini.

Memimpin memerlukan kemahiran tertentu supaya dapat memberi kesan efektif kepada staf.

Kemahiran juga memerlukan keyakinan dan pendekatan yang kreatif supaya proses memimpin lebih mudah dan fleksibel kepada semua golongan yang menjadi sasaran kepemimpinan.

(Maklumat dari Fitrah Power Resources)

Friday, November 6, 2009

realiti Kehidupan Part II

Selepas berkahwin mmg akan dapati pelbagai rintangan..terutama dari sudut hubungan kekeluargaan....sesetengah ahli keluarga tidak dapat menerima pasanagan hidup yg dipilih, masih mahukan layanan seperti sebelum berkahwin, dan mcm2 lagi masalah..di sini aku ada tips utk memastikan hubungan dengan sesama keluarga sentiasa baik. Aku nie pon bukan bagus sgt..aku pon ader masalah jugak...tapi tak tahulah...ni koment...

Tips nie dpt dalam salah satu laman web...kandungan nampak mcm menarik..so sila kongsikan bersama...
* Cuba bermesra – Kuncinya adalah usaha. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian bersama. . Jika kedua-dua pihak bercanggah pendapat, tunjukkan persetujuan atau bangkangan anda dengan cara yang betul dan jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif di belakang mereka.

* Dahulukan keluarga anda – Memandangkan anda sudah berumahtangga dan mempunyai anak,keutamaan seharusnya diberikan kepada keluarga anda kini. Mungkin kedengarannya tidak patut, namun jika anda terus meletakkan ibu bapa serta adik beradik lebih dulu daripada pasangan anda serta anak-anak, mereka akan mula berasa ‘jauh’ dengan anda. Ini bermakna, jangan biarkan ibu atau bapa anda campur tangan dalam membuat keputusan untuk keluarga anda. Apabila timbul apa-apa masalah, anda haruslah tampil untuk mempertahankannya. Rungutan yang selalu didengari mengenai selalunya membabitkan campur tangan yang keterlaluan mereka dalam kehidupan anak mereka yang sudah berkahwin. Mereka seharusnya sedar bahawa anak mereka kini sudah mempunyai kehidupan sendiri dan cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Bagi anda yang merasakan terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anda, cuba beritahu mereka secara baik dan pada masa sama melayan mereka dengan baik.

* Usah babitkan anak-anak dalam masalah – Andainya hubungan anda dengan adik beradik tidak begitu baik, jangan babitkan anak-anak di dalamnya. Anak-anak tidak seharusnya didedahkan dengan hal negatif yang berlaku antara anda dengan datuk, nenek atau bapa saudara dan ibu saudara mereka. Lebih-lebih lagi jika anak-anak anda rapat dengan mereka. Pada ibu bapa pula, jangan sesekali menggunakan cucu anda sebagai umpan.

* Dapatkan nasihat – Sesekali, mintalah pendapat atau nasihat . Dengan cara itu, mereka akan merasakan masih mempunyai impak dalam kehidupan anak mereka selain merasa dihargai sebagai seorang yang berpengalaman. Jika anda lakukannya sebelum perkahwinan, anda berpeluang mendapat sedikit sebanyak gambaran mengenai keluarga yang bakal anda sertai itu.

* Terima seadanya – Jika hubungan anda dengan adik beradik tidak dapat dibantu lagi, terimalah ia seadanya. Lama-kelamaan, hubungan ini akan beransur baik. Apapun, pastikan mereka tahu bahawa anda sayangkan anak mereka dan sanggup berkorban apa saja untuk keluarga.

Play Time Part II

Gambar nie di mabil semasa cuti raya yg lepas...Anak2 aku kalau letak kat atas tanah..mmg seronok giler la..main mmg x ingt dunia...

Gmbr2 nie anak2 aku sedang main dgn sepupu diaorng..Aiman...main ape ntah...layanzzzz


 

 

 

 
Posted by Picasa

My feveret Song Ever.....

When I Need You

When I need you

I just close my eyes and I'm with you

And all that I so want to give you

it's only a heart beat away



When I need love

I hold out my hand and I touch love

I never knew there was so much love

keeping me warm night and day



Miles and miles of empty space in between us

A telephone can't take the place of your smile

But you know I won't be traveling forever

It's cold out but hold out and do like I do



When I need you

I just close my eyes and I'm with you

And all that I so want to give you baby

it's only a heart beat away


It's not easy when the road is your driver

Honey that's a heavy load that we bear

But you know I won't be traveling a lifetime

It's cold out so hold out and do like I do


When I need you

When I need love

I hold out my hands and I touch love

I never knew there was so much love

keeping me warm night and day



When I need you

I close my eyes

I hold out my hand and I've got you darlin'

It's only a heart beat away

Now listen

When I need you darlin'

I hold you, feel ya

Give it to me baby



And I miss ya baby

Just close my eyes and I'm with you

And I need you tonight

You know it's only a heart beat away

Sunday, October 18, 2009

I'm Back

Alahai..lamer gila aku tak update blog nie..dah bersawang dah...actually ada banyak benda yang aku nak story tapi ada saja hal..dok tanguh2..sampai la sekarang...kekadang tu time nak tulis story time tu plak takder idea..so tangguh lagi..

Wednesday, July 22, 2009

Fuhhh....anak2 baru tido...as usual...diaorng mmg suka tido lewat2...baru bleh start my work...nak siapkan presentation notes utk ceramah next week di Kelantan...actually teruja skit nak bg talk kali nie..bukan aper..new audiens..new environment...hopefully semuanya berjalan lancar...

Mata gua pon masih tak ngantok...baru pekena kopi 'o'...maybe its takes an hour utk hilangkan kesan kafien kat dalam kepala otak aku nie...

Lately kerja cam biasa..tapi cuma ader masalah kat tempat kerja..biasala kerja..mesti ader masalah..mula2 tu aku angin jugak satu badan..bila pikir2 semula..malas nk layan masalah..just think positive...

sesekali pikir bukan semua org boleh jadi pemimpin..adakah jati diri seorang pemimpin wujud secara semulajadi dlm diri sesorang? kalau sesorang tu dilahirkan tanpa bakat sebagai pemimpin..adakah ia boleh jadik seorang pemimpin yang bagus?...atau tanpa bakat semulajadi..adakah kita boleh jadik pemimpin yg baik?

Bagi aku..semua org ada bakat jadi pemimpin..terpulang cara seseorang itu utk mengcungkil bakat kepimpinan dlm diri masing2...aparaa aku melalut nie.tengah2 malam buta pon tulis entry serius kan??!!...bagi aku kekadang blog ini utk aku meluahkan apa yg aku nak luahkan.....is like talking to myself laa..

sooner or later..i'll back to KL....nak kena pindah lagi..malas betul la kau kalau masuk bab pindah2 nie...working environment nanti pon totally akan tukar...pening2...

Hujan dah mula turun...at least kurang la skit jerebu..jam menunjukkan pkl 12:45am...sunyi sepi..dgr bunyi kipas angin jer teman aku sorang2..wife aku baru jer masuk tido..she's not feeling well 2day..kesain kat wife aku....ingat esok nak belikan jam tangan utk my wife..sajer nak buat suprise...

mata pon dah berat nie..sebelum nak tido kena set dulu "thins to do's" utk keja esok..senang skit..sampi opis trus aku bleh mula kerja..tak payah dok pikir2 apa nak buat....

Friday, July 17, 2009

Life is goes on

Dah lama giler tak update blog nie..bukan aper..biasala jwpn stndrd sibuk dan takde mood nak update...

Lately aku byk ckit outstation..Melaka-KL-Klang-KL-Kelantan....so byk keja kat opis yg dah bertimbun..

so insyallah kalau ader masa aku akan update selalu...nak tgk citer transformer pon x sempat lagi..sibuk sgt ke aku nie?,,..ingat nak bwk anak2 tgk citer ice age 3 weekend nie kalau takde aper2 hal..sekarang musim durian kat penang..so mmg byk la buahnya..wife aku plak mmg hantu durian..tapi aku tak minat sgt...

Thn nie alhamdullilah..rezeki murah skit..dpt naik pangkat+anugerah cemerlang..kora ok la tuh..

ok dah tak tau nk tulis aper..tapi..jam dan menunjuk pkl 4:30 am...anak aku Nur Dini Damia tetiba bgn pkl 2:30 am..pastu si dini nie tak nak tido..so kena le teman dia main2..gila kan?!!..main dgn anak pagi2 buta cam nie..sat g nak g keja plak...alamatnya kuyu la mata aku hari nie..baru tido 2 jam...

Sunday, June 7, 2009

Cerita tentang katak kecil


Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,...
... yang berlumba lari
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...

Perlumbaan dimulai...

Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahwa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
"Oh, jalannya terlalu sukar!!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Men aranya terlalu tinggi...!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak


"Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!"

Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...
...Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

Kata bijak dari cerita ini adalah:

Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...

...kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.

Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:

Tetaplah selalu....

POSITIVE!
Dan yang terpenting:

Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!

REALITI KEHIDUPAN


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata

sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk

dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,

Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,

Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang

terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,

Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan

untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,

Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum mengeluh tentang anak-anak kita,

Fikirkan tentang Seseorang yang sangat ingin mempunyai

anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh rumah yang kotor kerana

pembantu tidak mengerjakan tugasnya,

Fkirkan tentang orang- orang yang tingal dijalanan.

Dan di saat kita letih mengeluh tentang pekerjaan,

Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang

berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,

Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,

Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita

masih hidup......... ..............

Tip untuk berjaya dalam Kerjaya



Berdasarkan pengalaman aku hampir 9 tahun bekerja (swasta @ Gomen)..dah banyak perkara yang aku pelajari..di sini aku sisipkan beberapa tips utk menjadi pekerja cemerlang...dan bagaimana utk menjadu cemerlang...

Tips menjadi pekerja cemerlang

1. Beyond expactation (ini bukan tagline malaysia airline yer..), maksudnya korang mesti beri lebih apa yang bos minta.Contohnya sesuatu tugasan bos kita suruh siapkan esok. dan cabar diri anda sendiri utk menyiapkan tugasan itu hari ini!!!.

2. Tahu apa kemahuan bos. Ini jarang orng ambil pusing. kita harus/patut tahu sifat,kemahuan dan style bos kita, kemudian kita sesuaikan dgn diri kita.

3. Tiada istilah yes bos. Maksudnya walaupon kita mesti hormat bos kita, tetapi didalm sesuatu keadaan dan situasi kita mesti berkata "tidak" dan haruslah memberi jawapan/alasan yg konkrit bagi menyokong pendapat kita.sometimes bos suka org yg mcm nie...then bos akan tahu kita berpendirian,berani dan berfikir sebelum bertindak.

4. Berani utk bercakap.So speak up!!!..tapi pastikan apa yg kita nak cakapkan hendaklah didalam/within kita punya kepakaran.jgn terlalu diam bila kita bermesyuarat bersama bos.lontaran idea2 anda yg bernas.

5. Bos juga manusia, sometimes he need friend. luangkan masa sesekali mempelawa bos makan (walaupon kita tak ikhlas)...dgn ini, kita lebih dapat peluang utk mengetahui dgn lebih dekat personaliti dan gaya bos kita.

6. Kalau bos marah kita, jgn kita pon sibuk nak mempertahankan diri mengatakan kita tak bersalah. Ingat cara ini tidak akan berhasil.biar bos marah..kita dgr saja.kalau bos dah selesai then masa utk kita terangkan situasi sebenar.

7. Jgn suka menipu.Bos suka org yg jujur.once bos tak percayakan kita,jurang akan lebih besar akan wujud antara kita dan bos.


8. Jgn mengeluh jika diberi sesuatu tugasan.berfikiran positif.hanya bos yang tahu kebolehan dan x factor yg ada pada kita.so anggap tugasan itu sebagai satu penghargaan dan belajar sesuatu yg baru didlm tugasan ini.

9. Rajin, be smart dan mempunyai sense of urgency.

10. Sentiasa senyum,Ingat semua org ada masalah di dunia ini.kalau kita berselisifaham dgn bos, jgn terlalu tunjuk. tarik nafas panjang2..telan panadol..pastu semayang then tido....esok pergi kerja mulakan dgn senyuman.

Tuesday, June 2, 2009

Kisah Yang Menenangkan Perasaan Sibuk




Saya tak ingat di mana saya dapat kisah ini. Namun, oleh kerana kisah ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa saya, maka saya kongsikan dengan korang semua. Bacalah…

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.

Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.

Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab “ya!”.

Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.

Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”


Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.

Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”

Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.

“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.

“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.

Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.

Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”

“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.”

“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”

Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.

“Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”

Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini.

Sekian, moga tenang sedikit jiwa yang sibuk. Ceria selalu

Nostalgia Balik Kampong..

Balik kg sangat beerti dlm kehidupan seseorang..nie aku kongsi my story balik kg di zaman yg berbeza...berlainan latarbelakang tapi feel tetap sama..

Masa zaman kecik-kecik dolu....

Kalau balik kg selalunya mak aku akan bawak kami balik di Kg Kubang Rotan, Kedah..Nenek sebelah mak..sbb suku sakat sebelah ayah dah takder (arwah)..so tak sempat kenal..mak akan bawak kami naik bas UTC ke ALor Setar..perjalanan masa tu amik masa 3 jam..punya la seronok naik bas..mak aku plak species kalau bawak bekal mcm nak p berkelah...satu lagi tabiat mak aku..kalau bas dah nak gerak...time tu la dia kalut turun bas beli bekal tambahan (punya la byk....)..yg drebar bas dok marah..sebab bas dh nak jln..mak aku tak sampai2 lagi borong bekal...aku buat2 tido dlm bas..itu kenangan masa kecik

Masa Zaman belajar...

Balik kg sorang2 jer...naik bas kat Puduraya trus ke utara..selalunya atas bas aku tido dan layan walkman sajer..pernah satu kes aku dok dgn sorang awek nie..so masa mula amik tempat duduk..awek nie pon tanya aku..nak p mana?..dh keje ke?bla..bla..yada..yada...tapi yg tak bestnyer dah lepas sg buluh dia dok sembang2 lagi..hampeh betul..aku dah tak mampu nak layan dah...so aku bg peluang kat awek nie utk trus bersembang..tup2 dah nak masuk tapah, awek nie dok sembang lagi...aku dh tak tahan....cerita mcm2 dia story..daripada hal palestin.Bush,Perlancongan,bab belajar,kesihatan,sukan pon masuk gak..siap citer pasal bola tuh...hehhehe..so aku terpaksa menggunakan teknik jurus terakhir aku utk mematikan/menutup mulut awek yg tak reti dok diam nie...TIDO!!!!..awek nie trus bercerita..aku buat2 tido...tapi species awek nie mmg tak paham..aku rasa mcm nak tampar jer muka dia...awek nie siap kejutkan aku suruh dgr cerita dia..

Fortunately,bas behenti makan...ako dok ushar tmpt belakang mmg kebetulan kosong...so aku truss lepak kat situ...selamat lah aku daripada mulut puaka awek tuh..tup2 masa bas nak sambung jalan.. aku dgr suara awek nie:
Awek bermulut puaka : "bang bang berhenti...jgn gerak lagi..kwn sebelah saya tak naik lagi..."
Drebar bas : "tapi aku kira dah cukup tadi.."
Awek bermulut puaka: sambil tengok kt tmpat belakang.....matanya bulat merenung aku dari jauh....pastu tu dia bersuara .."ahaa..kwn saya ada kt belakang"...

dia kata aku kwn dia?...hangin betul aku...lepas tu dia dtg kat aku...
Awek bermulut puaka: "apsal awak pindh tmpat"
Aku : "seronok dok belakang..."
Awek bermulut puaka : "Apsal seronok sgt dok kat belakang..org lelaki suka sgt kalau naik bas ddk belakang.."
Awek nia dah start dah....
Aku: .."Bukan apa...daripada dgr awk dik bercerita ...lebih baik sy dgr bunyi enjin bas lagi best..."
Awek:..truss blah ...

hehhehe..itu la pengalaman aku balik kg paling horor...satu lagi pernah naik lori kicap balik penang sbb tiket raya yg aku amik kena tipu..hempaeh betul...abis badan aku bau kicap...heehhhe

Masa zaman dah kawin...

feel lain ckit...bisaklah sbb dh kawin..dah ada 2 kampung..satu kg aku..satu lagi kg wife aku...cuma balik kg wife aku sbb benda baru..suasana baru..dan segalanya baru..tapi apapon..feel balik kg tetap sama walaupon zaman dah berlalu..............