"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
Sunday, June 7, 2009
Cerita tentang katak kecil
Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil,...
... yang berlumba lari
Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta...
Perlumbaan dimulai...
Secara jujur:
Tak satupun penonton benar2 percaya bahwa katak2 kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
"Oh, jalannya terlalu sukar!!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak."
atau:
"Tidak ada kesempatan untuk berhasil...Men aranya terlalu tinggi...!!
Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...
... Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak
"Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!"
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah...
...Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi...
Dia tak akan menyerah!
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata...
Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!
Kata bijak dari cerita ini adalah:
Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...
...kerana mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.
Selalu fikirkan kata2 bertuah yang ada.
Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi perilakumu!
Kerana itu:
Tetaplah selalu....
POSITIVE!
Dan yang terpenting:
Buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!
Selalulah berfikir:
I can do this!
REALITI KEHIDUPAN
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata
sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk
dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang
terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan
untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang Seseorang yang sangat ingin mempunyai
anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh rumah yang kotor kerana
pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fkirkan tentang orang- orang yang tingal dijalanan.
Dan di saat kita letih mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang
berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita
masih hidup......... ..............
Tip untuk berjaya dalam Kerjaya
Berdasarkan pengalaman aku hampir 9 tahun bekerja (swasta @ Gomen)..dah banyak perkara yang aku pelajari..di sini aku sisipkan beberapa tips utk menjadi pekerja cemerlang...dan bagaimana utk menjadu cemerlang...
Tips menjadi pekerja cemerlang
1. Beyond expactation (ini bukan tagline malaysia airline yer..), maksudnya korang mesti beri lebih apa yang bos minta.Contohnya sesuatu tugasan bos kita suruh siapkan esok. dan cabar diri anda sendiri utk menyiapkan tugasan itu hari ini!!!.
2. Tahu apa kemahuan bos. Ini jarang orng ambil pusing. kita harus/patut tahu sifat,kemahuan dan style bos kita, kemudian kita sesuaikan dgn diri kita.
3. Tiada istilah yes bos. Maksudnya walaupon kita mesti hormat bos kita, tetapi didalm sesuatu keadaan dan situasi kita mesti berkata "tidak" dan haruslah memberi jawapan/alasan yg konkrit bagi menyokong pendapat kita.sometimes bos suka org yg mcm nie...then bos akan tahu kita berpendirian,berani dan berfikir sebelum bertindak.
4. Berani utk bercakap.So speak up!!!..tapi pastikan apa yg kita nak cakapkan hendaklah didalam/within kita punya kepakaran.jgn terlalu diam bila kita bermesyuarat bersama bos.lontaran idea2 anda yg bernas.
5. Bos juga manusia, sometimes he need friend. luangkan masa sesekali mempelawa bos makan (walaupon kita tak ikhlas)...dgn ini, kita lebih dapat peluang utk mengetahui dgn lebih dekat personaliti dan gaya bos kita.
6. Kalau bos marah kita, jgn kita pon sibuk nak mempertahankan diri mengatakan kita tak bersalah. Ingat cara ini tidak akan berhasil.biar bos marah..kita dgr saja.kalau bos dah selesai then masa utk kita terangkan situasi sebenar.
7. Jgn suka menipu.Bos suka org yg jujur.once bos tak percayakan kita,jurang akan lebih besar akan wujud antara kita dan bos.
8. Jgn mengeluh jika diberi sesuatu tugasan.berfikiran positif.hanya bos yang tahu kebolehan dan x factor yg ada pada kita.so anggap tugasan itu sebagai satu penghargaan dan belajar sesuatu yg baru didlm tugasan ini.
9. Rajin, be smart dan mempunyai sense of urgency.
10. Sentiasa senyum,Ingat semua org ada masalah di dunia ini.kalau kita berselisifaham dgn bos, jgn terlalu tunjuk. tarik nafas panjang2..telan panadol..pastu semayang then tido....esok pergi kerja mulakan dgn senyuman.
Tuesday, June 2, 2009
Kisah Yang Menenangkan Perasaan Sibuk
Saya tak ingat di mana saya dapat kisah ini. Namun, oleh kerana kisah ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa saya, maka saya kongsikan dengan korang semua. Bacalah…
Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan.
Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang
tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab “ya!”.
Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan
menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf.
Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab “ya…”
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab “Ya..”
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut.
“Sekarang…” profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan.
“Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda. Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda.
Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh.
Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil.”
“Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu…” “… anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda.”
“Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir…”
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum.
“Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan…”
Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, maka ingatlah kisah ini.
Sekian, moga tenang sedikit jiwa yang sibuk. Ceria selalu
Nostalgia Balik Kampong..
Balik kg sangat beerti dlm kehidupan seseorang..nie aku kongsi my story balik kg di zaman yg berbeza...berlainan latarbelakang tapi feel tetap sama..
Masa zaman kecik-kecik dolu....
Kalau balik kg selalunya mak aku akan bawak kami balik di Kg Kubang Rotan, Kedah..Nenek sebelah mak..sbb suku sakat sebelah ayah dah takder (arwah)..so tak sempat kenal..mak akan bawak kami naik bas UTC ke ALor Setar..perjalanan masa tu amik masa 3 jam..punya la seronok naik bas..mak aku plak species kalau bawak bekal mcm nak p berkelah...satu lagi tabiat mak aku..kalau bas dah nak gerak...time tu la dia kalut turun bas beli bekal tambahan (punya la byk....)..yg drebar bas dok marah..sebab bas dh nak jln..mak aku tak sampai2 lagi borong bekal...aku buat2 tido dlm bas..itu kenangan masa kecik
Masa Zaman belajar...
Balik kg sorang2 jer...naik bas kat Puduraya trus ke utara..selalunya atas bas aku tido dan layan walkman sajer..pernah satu kes aku dok dgn sorang awek nie..so masa mula amik tempat duduk..awek nie pon tanya aku..nak p mana?..dh keje ke?bla..bla..yada..yada...tapi yg tak bestnyer dah lepas sg buluh dia dok sembang2 lagi..hampeh betul..aku dah tak mampu nak layan dah...so aku bg peluang kat awek nie utk trus bersembang..tup2 dah nak masuk tapah, awek nie dok sembang lagi...aku dh tak tahan....cerita mcm2 dia story..daripada hal palestin.Bush,Perlancongan,bab belajar,kesihatan,sukan pon masuk gak..siap citer pasal bola tuh...hehhehe..so aku terpaksa menggunakan teknik jurus terakhir aku utk mematikan/menutup mulut awek yg tak reti dok diam nie...TIDO!!!!..awek nie trus bercerita..aku buat2 tido...tapi species awek nie mmg tak paham..aku rasa mcm nak tampar jer muka dia...awek nie siap kejutkan aku suruh dgr cerita dia..
Fortunately,bas behenti makan...ako dok ushar tmpt belakang mmg kebetulan kosong...so aku truss lepak kat situ...selamat lah aku daripada mulut puaka awek tuh..tup2 masa bas nak sambung jalan.. aku dgr suara awek nie:
Awek bermulut puaka : "bang bang berhenti...jgn gerak lagi..kwn sebelah saya tak naik lagi..."
Drebar bas : "tapi aku kira dah cukup tadi.."
Awek bermulut puaka: sambil tengok kt tmpat belakang.....matanya bulat merenung aku dari jauh....pastu tu dia bersuara .."ahaa..kwn saya ada kt belakang"...
dia kata aku kwn dia?...hangin betul aku...lepas tu dia dtg kat aku...
Awek bermulut puaka: "apsal awak pindh tmpat"
Aku : "seronok dok belakang..."
Awek bermulut puaka : "Apsal seronok sgt dok kat belakang..org lelaki suka sgt kalau naik bas ddk belakang.."
Awek nia dah start dah....
Aku: .."Bukan apa...daripada dgr awk dik bercerita ...lebih baik sy dgr bunyi enjin bas lagi best..."
Awek:..truss blah ...
hehhehe..itu la pengalaman aku balik kg paling horor...satu lagi pernah naik lori kicap balik penang sbb tiket raya yg aku amik kena tipu..hempaeh betul...abis badan aku bau kicap...heehhhe
Masa zaman dah kawin...
feel lain ckit...bisaklah sbb dh kawin..dah ada 2 kampung..satu kg aku..satu lagi kg wife aku...cuma balik kg wife aku sbb benda baru..suasana baru..dan segalanya baru..tapi apapon..feel balik kg tetap sama walaupon zaman dah berlalu..............

Monday, June 1, 2009
Antara PEMIMPIN & BOS
Org sering gagal jadik pemimpin kerana mereka sendiri tidak berperanan sebagai pemimpin.Sebaliknya mereka berkelakuan sebagai BOS.H.Gordon Selfridge,mamat nie seorang pioneer 'department store' di london, salah satu depaerment store yg terbesar di dunia,mencapai kejayaan kerana mamat nie menjadi 'pemimpin" an bukan 'bos'.
Apa beza antara pemimpin dgn bos? berikut comparison yg diberikan H.Gordon yg membezakan pemimpin & Bos
seorang bos memperkerjakan bawahannya;
tetapi seorang pemimpin mengilhamkan mereka;
seorang bos mengandalkan kekuasannya;
tetapi seorang pemimpin mengandalkan kemahuan baik;
seorang bos menimbulkan ketakutan;
tetapi seorang pemimpin memancarkan kasih;
seorang bos mengatakan 'aku';
tetapi seorang pemimpin mengatakan 'kita';
seorang bos menunujukkan siapa yg bersalah;
tetapi seorang pemimpin menunjukkanapa yg salah;
seorang bos tahu bagaimana sesuatu dikerjakan;
tetapi seorang pemimpin tahu bagaimana mengerjakannya;
seorang bos menuntut rasa hormat;
tetapi seorang pemimpin menbangkitkan rasa hormat;
seorang bos berkata "pergi!!";
tetapi seorang pemimpin berkata "mari kita pergi";
Maka sama-samalah kita menjadi seorang pemimpin dan bukan seorang bos...
you all semua ada di level mana?

Subscribe to:
Posts (Atom)