Tuesday, February 24, 2015

KISAH 3 BOTOL COCA COLA - BECOME TO AGENT OF CHANGE









Ada 3 botol coca cola. Ketiga2 botol tersebut dihasilkan dan dibuat di tempat yang sama,memiliki rasa yang sama,dan dibungkus/label yang sama pula.

Bila tiba masa utk penghantaran, sebuah truck datang ke kilang tersebut, mengangkut botol2 coca cola dan menuju ke tempat yang berbeza untuk tujuan pengagihan.

1st pit stop - adalah kedai runcit biasa di pinggir jalan. Botol coca cola pertama diturunkan di sini. Botol itu diletakkan di rak bersama dengan botol coca cola dan minuman lainnya dan diberi harga RM2.00 sebotol.

2nd pit stop-  adalah pusat membeli belah yang besar dan mewah. Di sana, botol kedua diturunkan. Botol tersebut ditempatkan di dalam fridge supaya sejuk dan dijual dengan harga RM3.50 sebotol.


last pit stop-  adalah hotel bintang 5 yang sangat mewah. botol coca cola ketiga diturunkan di sana. Botol ini tidak ditempatkan di rak atau di dalam peti ais. Botol ini hanya akan dikeluarkan jika ada pesanan dari pelanggan. Dan kalau ada yang pesan, botol ini dikeluarkan bersama dengan gelas kristal berisi batu ais. Semua disajikan di atas dulang dan pelayan hotel akan membuka botol coca cola itu, menuangkannya ke dalam gelas dan dengan sopan menyajikannya ke pelanggan. Harganya RM15.90.

Sekarang, pertanyaannya adalah : Mengapa ketiga2 botol coca cola tersebut memiliki harga yang berbeza padahal dihasilkan dikilang yang sama, dihantar dengan truck yang sama dan bahkan mereka memiliki rasa yang sama?

Persekitaran sahabat....Persekitaran anda mencerminkan harga Anda. Persekitaran menbayangkan tentang RELATIONSHIP.

Apabila Anda berada di persekitaran yang boleh mengeluarkan potensi terbaik dari diri anda, maka Anda akan menjadi cemerlang. Tapi bila Anda berada dipersekitaran yang meng-kerdil- kan diri Anda, maka Anda akan menjadi kerdil.

Orang yang sama, bakat yang sama, kemampuan yang sama + lingkungan yang berbeza = NILAI YANG BERBEZA

Pesanan I
Adalah hati-hatilah dalam memilih persekitaran  atau kawan Anda kerana mereka yang akan membentuk Anda nantinya.

Pesanan II
Jadilah agent di persekitaran  anda yang boleh memberikan suasana penuh pembelajaran

Salam Super,