Wednesday, July 18, 2012

Im crazy with ' Jewel In The palace"... Mode : Jiwang...its me...


emmmmm.....actually i'm not a big fan of Korean Drama..tapi drama yg satu nie aku suka sangat...iaitu Drama ' Jewel In The palace"..Drama nie siterbitkan pada tahun 2004..so masa tu aku cuma tgk dlm 8TV jer..tu pon tertinggal banyak episode...baru2 nie aku beli CD full episode online..so aku khatam sambai abis.....sebab2 aku sangat suka drama nie:-

1. Very Motivational stroy....sometimes inspiring me in a hard time.....really!!!!
2. Heroin - Hero mantap---- nie baru nama berlakon..bukan mcm pelakon yg ada kt malaysia nie...
3. Heroin marveles...heheheheh
4. Boleh tahu byk pasai sejarah korea & foods...
6. Lagu best2..actually aku bleh dikategorikan jiwang jgk..muzik2 cam nie sgt dekat dgn aku..dengan dunia 'sunyi' ku ini....genre lain aku suka gk...but touching2 nie agak terlebih dalam dri aku.....bagi aku sapa yg nak kenal aku yg 'sebenar'....arghh..melalut plak..kena buat entry lain nie...

so nak citer pnjng lebar...tapi korang bleh sinopsis kat bwh nie:-

Jewel In The Palace adalah kisah benar tentang perjalanan hidup seorang wanita bernama Xu Jang Geum yang berasal dari kelas pertengahan tapi merupakan seorang yang amat pintar, cekal hati dan tak pernah mengenal erti putus asa dalam apa keadaan sekali pun. Sebelum dia lahir, dia telah ditakdirkan menjadi penyebab kematian ibubapanya tapi juga akan menjadi penyelamat kepada banyak orang. Demi membela kematian ibunya, dia telah memasuki istana pada usia 10 tahun dan seperti ditakdirkan dia menjadi anak didik kepada kawan baik ibunya sendiri iaitu Puan Han. Semasa dalam usaha membantu kawannya Choi Jin Ying dia sempat menyelamatkan seorang lelaki iaitu Min Jio Ho di mana merupakan lelaki yang dicintai dalam diam oleh kawannya ini. Di saat dia baru mengetahui Puan Han adalah kawan baik ibunya, mereka berdua telah difitnah oleh Keluarga Choi sehingga menyebabkan kematian Puan Han semasa di dalam perjalanan ke Pulau Jeju kerana dihukum menjadi hamba abdi. Di Pulau Jeju cinta telah berputik di antara Chang Jin dan Jio Ho, pada ketika itu juga Chang Jin telah belajar menjadi tabib perempuan kerana itulah satu-satunya jalan untuk dia kembali ke istana semula. Di istana Chang Jin bergabung tenaga dengan Jio Ho untuk menghapuskan kuasa jahat yang semakin berleluasa. Chang Jin telah banyak menyelamatkan nyawa orang termasuklah Maharani Balu, Maharaja dan Permaisuri sendiri. Kebaikan dan kecekalan Chang Jin telah menambat hati Maharaja sehingga dia hampir menjadi gundik Raja tapi akhirnya telah menukarkan fikiran dengan menjadikan Chang Jin sebagai Tabib Diraja merangkap Pakar Pemakanan kepada Maharaja. Chang Jin juga telah dianugerahkan gelaran Dae Jang Geum atau Yang Mulia Jang Geum yang hanya boleh dipakai oleh Chang Jin seorang. Sejarah Zaman Pemerintahan Chosun telah terukir kerana Chang Jin merupakan wanita pertama yang memegang jawatan penting dalam istana dimana ianya hanya boleh dipegang oleh lelaki sahaja.


dan ini adalah lirik lagu feveret dalam drama nie aku bertajuk haemangyeon



Icy shades of blue
I've been true to you
Shaped my world on "soon"
Prayed to ghostly moons

Deep and dark it preys
Bleak and stark, in greys
Love's a shark at bay
Til your heart's betrayed

Oh, the curse of men and war
My hero's cry is empty, forlorn
(But) in the silence I conceed (sic)
My heart can't flee
This hopeless dream must be or vanish
Foolish love

Once you promised distant shore
And oe'r the waves you'd lift me once more
Now my pain brings no reward
Your fate's bound and sworn

From afar I wish you near
And with each breath, I tremble with fear
For in spite of how I bleed
My heart can't flee
This hopeless dream must be or vanish
Foolish love

Sunday, July 8, 2012

Teknikal : MCCB....


My Kelas already started....boring!!!...tapi kena trusskan sbb sapa suruh aku amik partime..rasain!!!...
Hahahhaha....saat entry ini ditulis..kuliah rancak berjalan..pensyarah pon not bad....cuma aku jer yang bad,,,lgpon tajuk kelas pon senang..so takyah aku membuang masa memerah otak...just santai....

Entry kali ini nak citer pasal apa ekrkk????...i have no idea but i tend to writing...emmmm...

Ok tips kali nie nak kongsi pasal teknikal skit,...asyik2 pasal management saja boring jugak....buat hanya untuk electrical engineering sahaja tau...

Ok..kali nak citer pasai MCCB atau dalam bahasa melayu pelik sikit yer.: PEMUTUS LITAR KENIT /MINIATURE...so sy akan citer basic, apa function dan sebagainyer..enjoice.....



Pemutus .litar jenis ini berukuran kecil, oleh sebab itu ia digelar Pemutus Litar Miniature dan amat sesuai untuk menggantikan penggunaan fius dalam kotak fius agihan. Disamping menjimatkan masa memasang, ia juga mudah diperiksa untuk mengetahui sesuatu litar itu berkendali atau tidak. Pemutus litar ini mempunyai factor fisu di antara 1.5 hingga 2.4. oleh sebab itu ia boleh berkendali  dalam tempoh 24 jam. Pemutus litar miniature berkadar 15A akan berkendali (terbelantik) apabila arus minimum sebanyak 1.5 X 15 = 22.5 A  mengalir dalam litar ini. Terdapat beberapa jenis kendalian  pemutus  litar di antaranya ialah seperti berikut
1.       Secara mangnetik
2.       Secara termal
3.       Secara magneto hidraulik
4.       Secara elektronik
Kesemua cara pengendalian itu hendaklah merangkumi tiga binaan asas iaitu suis untuk menghidupkan dan mematikannya, sesentuh untuk memutuskan atau menyambungkan litar dan pengendalian kawalan arus lebih.
Bagi pemilihan jenis kendalian pemutus litar bergantung kepada keadaan dan jenis beban yang hendak dipasang Untuk litar-litar pemasangan pengguna  elektrik,  pemutus litar jenis kendalian magnetik dan termal yang biasa  sering digunakan.   

Pemutus Litar Kendalian Magnetik
  Ciri-cirinya
1.       Dawai gelung dililit sekeliling teras A  dan hanya memberi kesan atau menjadi elektromagnet sekiranya arus lebih melaluinya . Arus nominal pemutus litar ini ditetapkan sama  seperti arus nominal fius.
2.       Spring ketika di kedudukan “ ON “ adalah dalam keadaan ketegangan dan sekiranya berlaku  arus lebih ia akan berfungsi dengan menarik teras sesentuh.
3.       Sesentuh berfungsi untuk menyambung litar.
4.       Suis reset berfungsi untuk menghidupkan semula “ ON “ pemutus litar.

Kendalian
(a)      Semasa arus biasa   -  Arus yang melalui gelung tidak melebihi daripada yang ditetapkan.Dengan ini elektromagnet yang terhasil tidak memberi kesan kepada   teras A dan litar tidak diputuskan.

(b)      Semasa arus lebih  -  Arus lebihan akan menyebabkan gelung menjadi elektromagnet   hingga mampu mempengaruhi teras A. Apabila teras A menjadi  magnet ia akan menarik teras B sehingga memberi ruang  pada                                                                        spring untuk  menarik teras sesentuh. Dengan penarikkan teras   sesentuh  menyebab kan kedua-dua sesentuh akan terbuka dan litar  pun  terputus.

ok....tak sempat next time smbng lg utk jenis2 mccb yg lain yer

Wednesday, July 4, 2012

Tips: How to Couch Your Staff & Anything comes to my Mind

Salam semua..sudah agak lama hajat tertangguh nak update blog aku nie,,,byk yg hendak dicoret, dikongsi, bergossip, dan sebagainya...tapi keadaan begitu tidak mengizinkan......tatkala entry ini ditulis..aku baru selesai check in di Hotel sri Malaysia, Perlis....

For personal touch, bila aku masuk ajer daerah kedah & perlis ini seakan ada semacam perasaan lain..susah utk di translatekan apakah perasaan asing itu..atau mungkin ini adalah tempat ku dilahirkan???

Semacam ada ikatan internal & sejarah yg panjang disini...hahahhha..adakah aku ada kaitan dgn Malay-Cities tribe yg hilang itu????...keeekkekeke..dh jauh menerawang....

Tapi, semenjak dua menjak nie minat aku beralih ke satu bidang yang lain...mybe pengaruh drp pembcaan...nak tahu apa itu..yaa...minat aku sekarang kepada SEJARAH!!!!!!!...haahhahhaa..aku pon nak tergelak....tetapi melalui pembacaan aku..aku tersangat kagum akan keturunan melayu.malay-sities state yag hilang itu....tentang kehebatan zaman2 silam....semacam aku nak menjelajah untuk mencari artifak2 yang tidak ditemui sebagai bukti...!!!!!...sah!!! memang aku terpengaruh dgn kajian sesorang ini...but truly...its very interesting....ok,,kita tinggalkan hal ini....

Kali ini aku nak kongsi tips yg tak seberapa. Tips utk nak couch your anak buah.....


1. 'Treat'lah anak buah kita sebagai manusia,,,bukan sebagai objek!!!,
Tudia,dengor pon takut..maksudnya..layanlah anak buah kita elok2...kekadang bos nie secara tak sengaja bagi arahan mcm anak buah tu sebagai objek..manusia nia ada perasaan..dont be too bossy..guna percakapan dan arahan dgn baik....mereka bekerja utk kita..apalah salahnya menyurh dengan cara berhikmah,,,bukan cara diktoator atau meningking mcm org gila meroyan.....ini juga peringatan utk saya..terkadang terbabas dek kemarahan yg melampau..heehheehe

2. 'Manager not solved the problem..BUT asking Question"
...maksudnya..jika ada staff kita datang nak tanya@tak paham apa2 perkara....kita jangan selesaikannya utk staff kita tu...kalau korang buat camtu..for sure staff kita tu akan datang selalu sbb dia dh anggap kita nie sebagai problem solver dia....dengan ini staff kita nie otaknya akn berkarat sbb tak guna lansung otak pemberiaan Allah utk berfikir..kita kena ubah cara thinking mcm nie,,sebetulnya..kalau staff kita datang pohon bantuan  tanya dia soklan...ok kat sini sy bg contoh utk mimudahkan pemahaman/;-

Staff: Boss..saya tak paham la pasai nie..
Boss: u dah baca belum apa2 pasai nie..atau carik maklumat perkara nie..
Staff: belum..
Boss: kamu rasa apa yg kamu patut buat kalau hadapi benda mcm nie? (u asking Q)
Staff: Saya carik maklumat dulu,,then kalau blur2 jgk baru tanya bos..
Boss: Great!!!....

nie sebagai contoh ajelah.....tanya soklan bagi staff kita tu berfikir.....bukan kita takleh bantu langsung..bleh..tapi setelah satff kita tu dah mencuba sedaya upaya..bukan datang pohon bantuan tanpa apa2 persediaan...

3. Pujian yang memadai
Puji bleh..tapi jgn lebih2 yer..takut staff kita besaq kepala nanti...so puji kena ada caranya....Pujilah dengan kita highlightkan apa kualiti yang ada kat staff kita tu....contohnya:

Boss: Great....i like suprise..u always suprise me (beyond expactation)...your time management (stress kat staff kita pasai ni) very gud dan u did free error (highlight)..so staff kita akan faham yg dua kualiti ini adalah kekuatan dia...

Bukan mcm nie:

Boss: Bagus kerja u..i like!!!..keep it up.....

Pujian ini adalah terlalu general..dgn ini membuatkan staff kita tu perasan dia bagus dalam serba serbi..sebabnya kita sebagai boss tak tekankan apa kualiti yang ada dlm diri staff kita tu..bila dia perasan baguih..takut2..tersyok sendiri dan mula besaq kepala....

4. The way we convey arahan
 apa2 arahan yg kita nak bg kat staff kita,,bagilah dgn instruction apa kehendak kita, bila tugasan ni nk kena siap, kalau tak siap apa kesannya. dengan arahan dan kehendak yg jelas..pada masa yang sama staff kita akan belajar how to manage his/her time (time management)....




ok setakat nie dulu..nak mandi dan tidor jap...